Tuesday, June 26, 2007

BIRTHDAY!

HAPPY BIRTHDAY TO MY LUVVY LUVVY HUBBY!
MAY HAPPINESS BE WITH YOU ALWIZ!
MUAAHHHHHHHHHHH...

Post-Melaka Trip







Alhamdulillah.. Rizq dah kurang panas badannya. Selera makan pun dah ada balik walaupun tak banyak...








Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, aku ke Melaka dari hari Jumaat ke Ahad yang lepas.








Jumaat tu, aku sampai kerumah in law pun dah lebih kurang pukul 9:30 malam. Aku bercuti tapi hubby tetiba plak kena attend meeting kat Bangsar pukul 5:30 petang. So aku cuma merayau rayau kat Mid Valley sementara menunggu hubby habis meeting.








Sabtu tu plak.. pepagi aku dah ke rumah mak ngah hubby. Pergi mengurut. Aaaa.... lega rasanya bila dapat diurut. Memang pun aku demam time tu. Sedang elok sangat lah dapat badan ni dipicit picit. Balik ke rumah in-law, aku menolong dia memasak plak (time ni hubby dah pergi golf). Petang ni derang ada jemputan sikit makan makan kat rumah. Menu petang tu cuma mee goreng, sandwich telur, agar agar & goreng ayam. Sikit sikit pun.. dah masuk maghrib baru settle orang balik semua.








Sabtu malam, we all semua check-in kat Century Mahkota Hotel. Hubby and father in-law ada dinner. So aku kena drive MIL, adik ipar & Rizq ke hotel. Aku ni dah la rabun malam. Nak kena drive khete hubby yang bagak tu ke hotel plak. Lagi satu, jalan kat Melaka ni aku memang surrender. Tapi kuatkan semangat drive jugak la dengan berpandukan arah yg adik ipar aku tunjuk. Itu pun blurr blurr jugak. Apa apa pun semuanya selamat....








Ahad pagi, hubby start meeting. Lepas breakfast, aku bawak Rizq pergi swimming. Tak lama pun sebab sejuk. Balik dari swimming, we all ke Mahkota Parade. Shopping shopping sket. Lunch kat sana sekali.








After dah penat, balik lepak kat hotel lagi. Hubby finished the meeting @ 2:00p.m. Kemas kemas barang and off we to the hi-way and back to Bukit Beruntung. Badan Rizq start panas dalam kereta. So, jejak jer kaki kat rumah, aku dah tak bleh buat kerja. Kena mengadap dia ajer. Budak budak kalau tak sihat memang macam tu kan. Kena lah berkorban. Bukannya selalu...








Monday, June 25, 2007

Blom Update Lagi

Heoolo kengkawan semua

Thank you for all your comments in my previous post. Blom sempat nak jawab sebab:-

1. Friday aku cuti, pergi ikut hubby ke Melaka meeting

2. Hari ni masuk kerja, email berlambak.. pasal kerja & pasal mengular

3. Kepala aku miong sebab dah baper hari tak leh tido malam

4. Kejap lagi nak balik rumah, amek cuti half day sebab Rizq high fever. Nak bawak jumpa doktor.

So esok insyaallah kalau ada masa aku akan update pasal percutian kat Melaka & gambar nya sekali.

Doakan Rizq supaya cepat sembuh.....

Thank you all!!!

Wednesday, June 20, 2007

This Is What I Cook Last Nite


Semalam sampai rumah dah pukul 7. So ini jer lah yg dapat dihidangkan pada hubby!
1. Masak lemak labu kuning
2. Sambal sotong (resepi kat dlm blog lagi satu)
3. Ikan cencaru goreng
p/s Tengok la mangkuk mangkuk yg aku guna... semuanya berlainan pattern. Main langgar jer sebab dah lambat!
Everyday sekarang jalan jem. Rasa macam dah tak larat dah!

Tuesday, June 19, 2007

What Would a Mother Blog About?

Who wants to answer my Q above?? Cepat.. cepat.. Tapi sorry erk. Kalau betul pun tak ada present. Haa.. haa...

No others it will be mostly about the children. Betul tak?

Now, every nite its like a routine for Rizq to watch his Barney before sleep. Start dalam pukul 10 tu dia dah terlentang depan TV dalam bilik, sampai la kengkadang pukul 11 or 11:30 malam. Mummy memang tak ada chance nak tengok Samarinda dah. Haa.. haa..

Biasanya mummy akan tertidur dulu sebelum Rizq. Dia akan layan DVD tu sorang sorang. Pas tu dia kan melompat lompat atas katil aku or tilam dia. Kalau dia boring dia akan kata "mummy..!! daddy..!! Banun (bangun)!" Tapi we all buat tak layan jer. Dah tak sanggup nak mencengkang mata dah.

So bila we all terjaga pukul 12 or 1 pagi, baru la tutup DVD tu. Alamat melambung lah bil letrik cam ni kan.

Ni gambar dia baru baru nie...



On a different note.
We, as fellow bloggers kat alam maya ni ada yang kenal mengenal antara satu sama lain & ada yang still tak menunjukkan identiti kan. But as for those yang cuma kenal aku melalui blog, tetiba terserempak la kat mana mana.. tegur tegur lah aku kalau aku tak perasan muka korang erk. Seronok jugak bila sesekali berjumpa kan rather than asyik bersembang melalui blog nie.
So till then. Bye bye... Kerja tengah tunggu kat atas meja nie. Arrgghhh..!! TULUNNN......!!!!

Friday, June 15, 2007


Haa... nampak tak gambar kat atas tu? Its the leaning tower of pisa (Malaysian version).

Aku bukannya apa. Cuma aku nak tunjukkan kat bandar inilah aku dilahir & dibesarkan. Teluk Intan, Perak. Memang menara condong ni lah yang menjadi kebanggaan penduduk kat bandar ni.

Waktu kecik kecik dulu, parents aku hantar aku cuma kat sekolah tadika biasa ajer (dulu mana ada Q dees, Smart Reader etc kan). Start masuk darjah 1, aku ke sekolah Convent. Yang sebenarnya parents aku register aku kat sekolah melayu sebab dekat dengan tempat kerja bapak aku. Tapi aku memprotes. Aku kata cemana abang & kakak aku semua sekolah Inggeris, aku sorang sekolah Melayu. Tak aci lah kan! Nak tak nak terpaksa lah derang re-register aku kat sekolah lain plak.

Tamat darjah 6, aku masuk pulak ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Still kat bandar ni jugak. Kiranya memang aku proudlah jadi penduduk kat sini. Even its only a small town yg tak ada apa apa sangat tapi aku happy.

Habis Form Five, aku start kuwar dari bandar tu dah. Aku ke ITM, then ke Toledo (Ohio), habis tu kerja kat Shah Alam.. and sampai sekarang bertapak kat KL plak.

Tapi seboleh bolehnya aku akan balik ke rumah parents aku at least 2 bulan sekali. Dan aku tak akan lepaskan peluang aku untuk berjalan jalan ke bandar terutama ke Fajar Supermarket. Dan lagi satu siapa yang akan tersesat ke sana satu hari nanti pastikan anda singgah di Gulam Restaurant. Fuiyooo... mengancam....

Thursday, June 14, 2007

Blank.. Blank.. Blank...

10 minit aku termenung in front of this blank template. Apa aku nak tulis??? Tak tau lah. Idea tak mai jugak.

Later lah aku update.

Looking forward to this wiken for Gang Starz final concert. Hopefully Mendua menang....!

Tuesday, June 12, 2007

Cerita Pagi Selasa

Erm.. cemana aku nak start cerita aku or lebih tepat umpatan aku pagi nie? Let me see....

OK. Cam ni lah.

Pagi ni me & hubby went for breakfast kat Restaurant Pelita, Jalan Ampang. We arrived there at around 7:30a.m. Tempat banyak yang dah penuh. So we sat at one corner kat depan Ladies pun.

Depan meja we all, ada satu couple, I think around mid-30's lah umur dia. Hubby duduk membelakangkan meja derang while myself facing the couple. The couple sat side by side. I thought they looked like husband and wife. Memula tu aku tak hiraukan derang lah. But suara that guy yang kuat... menarik perhatian aku.

Being a very prihatin rakyat Malaysia, I cant help but TERdenagr apa yang derang cakap. Not exactly the whole sentence but perkataan yang macam *bodo*, *ko ni berlagak*, *aku tak suka*.. etc etc was uttered by the gentleman.

Tak lama lepas tu the lady start crying... lap lap air mata. Tapi yg kelakar dia still sumbat roti bakar dalam mulut dia. Dia still hirup nescafe panas yang ada kat depan dia tu. Air mata dah meleleh leleh. Mulut still bercakap to that gentleman. Aaarrgghhh.. bkn gentleman pun. Angryman aku rasa.

Tak lama pastu, aku terdengar lelaki tu cakap..."diam!!!" tapi pompuan tu still cakap cakap lagi. Nangis nangis lagi. "Diammm...!!!" lelaki tu sebut lagi. Tapi pompuan ni degil. Terus jugak bercakap. Pas tu..."bedepek....!!" lelaki tu tampar pompuan tu. Aku yang waktu tu tengah pandang terus terkedu. Rasa cam aku plak yang kena tampar.

Lelaki tu cakap cakap lagi. Then pompuan tu pun cakap cakap lagi. Lelaki tu bangun. Sambil tu satu lagi tamparan dia hinggap kat pipi pompuan yang putih melepak gebu comel tu.

Eee... tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku waktu tu.

Tak patut perkara tu berlaku sebab:-

1. Kat kedai mamak
2. Depan orang ramai
3. Depan rezeki (makanan)

Kalau lah benda tu berlaku kat diri kengkawan semua... cemana agaknya eh!

Friday, June 08, 2007

This Week's Update

Busy.. busy.. busy...

Chewah. Cam aku pulak yang bz dalam dunia ni kan. Tak sempat sempat nak update. Tak der citer nak diciterkan pun satu hal.. Hee.. hee..

Dua Hari Lepas

Hubby belikan Rizq a bicycle yang orang dewasa punya tu. Tapi ada 4 tyres la kan. Rizq punya lah excited bila dapat bicycle tu. Ingatkan dia tak pandai kayuh sebab sebelum ni tak ada bicycle pun. Tapi tak sampai 5 minit tengok member dah pusing satu rumah. Happy giler. sampai aku terpaksa BEAT dia malam tu coz dia tak nak naik atas tidur. Meraung raung member nak main bicycle tu. Last last daddy dia seret gak bawak dia naik atas. Siksa sungguh!

Semalam

Tak keluar lunch coz ada discussion dengan boss. Dah jajnji dengan colleague nak merayau rayau ke Sg Wang.. cuci mata. Terpaksa lah dicancelkan. Petang sampai umah dah pukul 7 lebih. Masak cincai cincai ajer.. masak lemak putih kobis & udang goreng kari.

Today

Nak gi makan makan kat Gaucho, Chulan Square sambil belanja birthday member we all. Saper yg blom pernah gi makan kat sini, bleh lah try.. Haa.. kat sini ler dato Siti sambut birthday dia tahun nie.... Food dia sedap. A bit on the expensive side, tapi berbaloi.

Esok

Yahooo.... nak balik kampung aku kat Teluk Intan. Dah pesan kat mak kata hubby nak makan udang besar besar. Hubby ni terasa dia menantu kesayangan. Sebab tu request memacam... tapi memang betul pun mak aku sayang kat dia. Heeee..

Ok lah. That's all folks!

Tuesday, June 05, 2007

Back to Work Again..

What a wiken! Even dah amek cuti last Friday, wiken seems to be very fast. Only with a blink its already time to go to work again....

Semalam is such a busy day. A colleague of mine is on a week leave. So here I am, terkontang kanting buat kerja sorang diri. Aku buat kerja merangkap segala galanya...

Tak per lah. Tak guna mengeluh pasal kerja kan. Even kena kerja teruk, tapi bila boss hargai apa yang aku buat, I would feel better. Like I've mentioned earlier, my increment this year macam ok. Average for the Company is about 4% - 5%, but I managed to get a double digit increment, together with a promotion. That looks OK isnt it....

Just a bit of update...

For the first time I bake a cake on Friday.. Chocolate Marble Cheesecake. Tak sangka pulak menjadi. I got complimets from my inlaws, adik adik ipar & hubby. Then yesterday, I brought some to office for my frens to rasa the cake. And got a few orders. Tapi nicely I rejected sebab I really dont have the time to bake. Once in a blue moon. Hee.. hee.. Tapi cake tu tak sempat nak diambil gambar sebab dah licin. Maybe next time I will. The recipe I got is from resepidiana.blogspot.com.

OK. Gotta stop now. Boss nak masuk sekejap lagi and today kena pergi Westin Hotel to attend an analyst briefing.

Till then.. bye!