Friday, June 08, 2007

This Week's Update

Busy.. busy.. busy...

Chewah. Cam aku pulak yang bz dalam dunia ni kan. Tak sempat sempat nak update. Tak der citer nak diciterkan pun satu hal.. Hee.. hee..

Dua Hari Lepas

Hubby belikan Rizq a bicycle yang orang dewasa punya tu. Tapi ada 4 tyres la kan. Rizq punya lah excited bila dapat bicycle tu. Ingatkan dia tak pandai kayuh sebab sebelum ni tak ada bicycle pun. Tapi tak sampai 5 minit tengok member dah pusing satu rumah. Happy giler. sampai aku terpaksa BEAT dia malam tu coz dia tak nak naik atas tidur. Meraung raung member nak main bicycle tu. Last last daddy dia seret gak bawak dia naik atas. Siksa sungguh!

Semalam

Tak keluar lunch coz ada discussion dengan boss. Dah jajnji dengan colleague nak merayau rayau ke Sg Wang.. cuci mata. Terpaksa lah dicancelkan. Petang sampai umah dah pukul 7 lebih. Masak cincai cincai ajer.. masak lemak putih kobis & udang goreng kari.

Today

Nak gi makan makan kat Gaucho, Chulan Square sambil belanja birthday member we all. Saper yg blom pernah gi makan kat sini, bleh lah try.. Haa.. kat sini ler dato Siti sambut birthday dia tahun nie.... Food dia sedap. A bit on the expensive side, tapi berbaloi.

Esok

Yahooo.... nak balik kampung aku kat Teluk Intan. Dah pesan kat mak kata hubby nak makan udang besar besar. Hubby ni terasa dia menantu kesayangan. Sebab tu request memacam... tapi memang betul pun mak aku sayang kat dia. Heeee..

Ok lah. That's all folks!

27 comments:

Yours Truly ... XOXO said...

Dua Hari Lepas: I bengang giler mase ex-husband i belikan basikal budak 7 tahun untuk anak i yang baru 2 tahun...Kaki pun tak smapai nak kayuh!! Iskk...

Semalam: E'eh i pun salu merayap kat sg.wang time lunch..! tapi cuti skolah ni ramai orang la..rimas!!

Today: Gaucho? kat mane? enjoy ur lunch! ;P

Esok: hmm seronok u leh balik kg...i nih tak tau nak bawak anak i gi mane..sian kat dier cuti2 skola ni... selamat makan udang besar-besar! thehehe

P/S - bleh plak bagi comment cam gini nye panjang... theheheh sorry ye... menyibuk jap...

Mak Su said...

amboi... tidur peluk basikal ke your son?

13may said...

wah! masak cincai cincai pun bunyik cam best ajer...hahha

simah said...

wah hang pun dapat makan udang besaq besaq la yek? eh hang ada berapa adik beradik?

tak mau tangkap gambaq rizq dengan beskal baru dia ka?

Mummy Rizq said...

xoxo-aa..aa.. panjnag plak erk. rasa cam baca entry..muaahaahaaa.. aku x kisah. tulis ler brapa panjang pun. all comments are wellcome!

mak su-kalo bleh dia nak tido ATAS beskal..

13may-cincai sebab cepat dimasak.. campak campak ajer.

simah-aku pun nompang sekaki ler... aku ada 5 beghadik, sulung kakak, then abang, then abang lagi, then kakak (meninggal) last sekali aku ler. bongsu!

ada tangkap gambar guna fon, malangnya pc aku ni haprak. gambaq dr fon tak leh download...

ontahsapo said...

udang besar? yum yum...

blackpurple said...

Banyak kerja, komplen. Tak ada kerja pun komplen. He he he..

Selamat balik ke T Intan. Selamat!

Wan Faziatul Amira said...

amboi, udang besar?? itu banyak bagus request tu.. sure mak u usuke lagi masak sebab ade orang makan :D

Sastri said...

waaaa... bestnya mamam udang besar2.... tere la si Rizq tu, sekejap jer dah tere kayuh basikal... part lawak, takmo tidur sbb nak main basikal tu... LOL...

Anonymous said...

.

wei, lama2 buat posting sebulan punya, macam diary...

dudaesimboyo

.

sya said...

MB.. semoga selamat kembali ke KL

Zakiah said...

gaucho tu ada food aper??

bebudak kalau dapat bedna baru jangan kata tido...tak makan pun takper.

Mummy Rizq said...

OS-udang besar sedap, tp we all tak suka udang galah.

BP-aku dah selamat kembali pun dah...

mira-yer la. kalau tak kat umah tu cuma ada mak & bapak jer.

sas-udang masak lemak, uang sambal.. and pagi tu ada nasi lemak daun pisang lagi! slurrpp..!

dudae-tu ler.. tengah sibuk ni. buat mana yg termampu jer la.

sya-alhamdulillah.. dah selamat dah sampai ke KL

Mummy Rizq said...

zakiah-gaucho tu argentinian restaurant. food memang superb la.

talking abt rizq, hari tu dia jatuh ngan beskal beskalnya sekali hempap dia. baru dia tahu!

atehlaila said...

Achik...letih aku ari ni..first day anak sekolah balik lepas bercuti 2 minggu..lama tak jumpa ko, rasa ada berjuta2 citer nak share..lama tak jumpa rizq..bila nak bwk anak main beskal sekali? Dina dah naik beskal tayar 2..liyyah masih 4 tayar..sebab skang ni dah jarang bwk diaorg main beskal..kesian kan...

kasutVincci said...

mana en3balik kampung weh? hehehe

Apple Pie said...

dah selamat makan udang besar ke cik abg ko tuh??

Mummy Rizq said...

ateh - bawak ler anak hang & beskal nya dtg ke umah aku. bleh lah kayuh bersama.. hee.. hee..

KV-entry balik kg blom sempat nak tulis laa..

apple pie-alhamdulillah. selamat semuanya dah masuk perut!

pB said...

Ajak anak ateh jer ker..??
Tak nak ajak anak pB sama ker??

Mummy Rizq said...

pb-kalau PB sudi datang lagi ler baguih! the more the merrier..!

Aku Bukan Bidadari said...

nak beskal gak...

Mummy Rizq said...

tiara-aallaa.. ko naik beckham cukup ler.. he..hee..

alinlai said...

achikkkk ke ke ke balik lama pun tak sempat contact...busy jugak :) apa2 pun slmt balik kg.

Mummy Rizq said...

lyn-hang memang tak nak contact... bila nak pi jumpa simah? kim salam kat dia!

.:HalogAmora:. said...

alahai Mar, wa mmg allergy kalau dgr udang besar besar nih... goreng pon sodap!!!

Mama Sarah said...

bila dia nak round taman dgn basikal baru? ada loceng tak?

Mummy Rizq said...

halo-rizq pun dah mengikut.. suka mkn udang goreng.

mamasarah-tu yg slack.. tak ada loceng!