Thursday, March 13, 2008

Kisah Si Kecik Lagi...

Isshh.. aku geram betul ngan si kecit nie.

Dia ni selalu mengacau kalau aku tengah solat. Dua hari lepas, time tu solat Isyak. Dia kecoh kecoh nak solat gak.. berdiri sebelah aku.

Dia ni kalau berdiri jer tak kisah, ni dia sendengkan badan dia kat badan kita. Nak terjatuh aku dibuatnya. Pas tu dia start korek korek & tarik kuku jari aku. Time ni aku tak leh tahan. Aku pun terpaksa stop solat.. marah kat dia.

By that time, hubby dah habis mandi. So we all pun decide lah nak solat jemaah jer. Tapi sebelum solat tu aku dah pesan baik punyer kat Rizq.

“Rizq.. dengar cakap mummy. Rizq jangan kacau mummy & daddy nak Allahuakbar. Jangan Sandar sandar kat mummy. Jangan tarik kuku mummy..”

Dia pun kata. “OK mummy”…

So we all bertiga pun start lah solat. All went well sampai lah ke tahiyat akhir. Sebaik jer hubby habis beri salam.. Tetiba si Rizq ni pulak.. “Poootttt…..” Kentut yang jenis tersepit tu.

Kalau just cam tu tak apa.. ni siap cakap “Alamak! Rizq terkitut pulak!!”

Aku yang belum sempat nak kasik salam.. terus tergelak berdekah dekah……

Makanya aku terpaksa solat Isyak untuk ketiga kalinya….

10 comments:

PuteriSatu said...

weh..aku nak gelak guling2 dulu leh tak..? tak tahan aku ni...teruna ko tu mang lawak tul la....tak tahan tul aku...wakakakak.....aku kasi lawak ko 10 bintang aar...

Alinlai said...

ke ke ke...sabaq je la. Kentut ada bau ka tadak tu?

Anne said...

hahahaah comel la anak hensem hang ni ina... tak pa..semoga dia jadi anak yg nanti one day jadi imam... :0)

wei...best apa solat 3 kali.. selain dari hang exercise..hang boleh dekatkan diri dengan Allah... aku tabik spiring kat hang sebab tak patah hati nak solat...... i must remember this for personal reminder :0)

blackpurple @ jowopinter said...

Kena kurung dalam bilik nampaknya setiap kali nak solat. Hehehe!

Kalar said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

kasutVincci said...

kalau danish harus kena cubit ngan kv dulu. Hik hik

Sastri said...

LOL... kalau i pun, pasti takleh tahan nyer nak gelak... dahlah pelat si tecit tu... keskeskes... kiut laaaa anak u ni Mar... i loiiiikeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

atehlaila said...

Kecik kecik dah tunjuk bakat ni...dia saja nak uji ko tu..

NONIE said...

ahahahaha...aku suka dak Rizq ni...Rizq...lenkali kacau mama lagi tau!!!upssss terkitut...muahahahaha...kiut tul budak ni!!!

N|i|N said...

hmmm...sama kes la...kite solat die pun sibuk nak solat. in my case, 2 orang lagi pulak! co-ba-annn....!