Monday, February 13, 2006

Dah Pindah Problem Pulak...

Semenjak berpindah ke rumah baru ni (actually rumah lama...cuma baru berpindah), Rizq asyik buat perangai.

Yang pertama.. asyik merengek and asyik nak berkepit dengan mummy. Sampaikan aku tak boleh nak masak, buat kerja or even makan. Dia asyik tarik tangan aku ajak naik dan turun tangga. Pinggang aku dah rasa macam nak patah. Lutut aku terasa macam nak tercabut. kalau nak buat apa apa kena tunggu dia tidur dulu. Itupun dia cuma akan tidur satu hari sekali saja.

Yang kedua... Susahnya dia nak makan. Selalu tu si kecik memang suka makan. Dia akan habiskan bubur semangkuk penuh (masih makan bubur blender walaupun dah hampir setahun setengah & dah ada 8 batang gigi). But now bila nak kasik makan dia kan menangis nangis & meronta. dah bermacam macam aku try, tapi dia masih tak mahu jugak.

Yang ketiga.. Si kecik asyik tak sihat. Ini dah masuk dua minggu dia selsema & batuk. Ubat dah 2 kali prescription with two different doctors. Tapi batuknya semakin teruk. Suara dah tak keluar. badan sikecik pun dah semakin kurus. Sedih lah aku tengok keadaan dia.

Bila dah jadi macam nie, aku asyik nak marah jer rasanya. Tapi aku tak tau nak marah siapa. Aku kesian dengan si kecik, tapi bila dia start buat perangai tu aku tak tahan. Arrrgggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

5 comments:

NONIE AZIZ said...

Dia bukan apa tu Marlina...maybe tgh nak sesuaikan diri dgn suasana baru tu...Wah...seronok eik dapat pergi Medan!

kasutVINCCI said...

budak kecik memang mcm2 ragam. Kalau peralihan bulan pun dia akan ada perangai.Hehehehe. Kadang2 memang tak larat nak layan.

Ely said...

sabarlah mummy, memang jadi ibu nih sungguh mencabar. insyaAllah, ur baby will be ok :)

Mummy Rizq said...

mamarisya - sementara dia nak menyesuaikan diri tu..i yg kurus rasanya.. (in a way bagus jugak tu...hee..)

kasutvincci - larat tak larat terpaksa jugak. that's what mummy are for kan....

ely - inshaallah he will

Arena said...

Ke dia nak dapat adik? muahahhahaha...