Thursday, May 31, 2007
Rizq's Update
Rizq: Mummy ni panten....
Aku: Panten? Apa dia Rizq?
Rizq: Ini.. ini panten sambil tujuk kat bird dia.
Aku: Tina.. Rizq nak apa?
Tina: Fountain la bu... dia kata dia nak kencing...
Ler.. baru la aku paham. Kan bila boy kencing airnya cam fountain.. Sebab tu Rizq kata dia nak panten....
Kisah Lain
Nampaknya ini hari terakhir aku bekerja untuk minggu ni. Esok aku nak amek cuti. Neber yang dulu jaga Rizq tu nak kahwinkan anak sulung dia hari Sabtu ni. So esok aku nak ke Shah Alam beli kueh untuk diberikan kat kakak sebelah umah tu untuk jamuan makan pagi Sabtu.
Sambil tu nak kena shopping barang masak sikit sebab esok inlaw & semua adik ipar nak dtg tido umah. Memasak ler jawabnya aku sepetangan esok. Kalau ada masa aku nak buat cake sekali....
Hubby pulak tak ada sebab bergolfing lagi. So mungkin aku ngan Rizq jer lah ke Shah Alam esok. Nak ke Giant, bank, Clara International, Bake With Yen etc. Hopefully semua nya ok....
Tuesday, May 29, 2007
PD Update
Pagi ni a bit of relax. Boss dedua dah kuwar miting. Tinggal aku sengsorang kat opis ni buat apa yang aku suka.. He.. hee..
Just nak summarise sket pasal trip ke PD..
Friday
Amek half day leave. Tengahari abis kerja terus ke rumah kakak kat Desa Pandan. Hubby solat Jumaat, while aku buat banking sket. Settle semua around 2:30p.m. we all pun bertolak. Journey was ok (macam nak gi jauh..hee..hee..). Sampai ke sana, after checking in, Rizq tak sabar sabar nak ke swimming pool. Aku yang tak boleh bermandi manda swimming pool ni terpaksa suruh Tina yang bawak Rizq ke pool.
Dinner kat satu tempat nama UMMI Seafood, tak jauh dari hotel. Food was a OK.
Saturday
Pagi bangun awal sebab hubby nak golfing ngan kengkawan. We all dok apartment with another family. So tong tong buat breakfast. Member aku ni siap bawa travel cooker & oven toaster. So aku buat egg sandwich while another fren buat kebab. Memang lazat!
While the men are golfing, we all lepak apartment sembang sembang, gossip gossip... then derang terjun swimming pool lagi.
Lunch tengahari kat cafe hotel jer. Tak keluar ke mana pun.
Tengahari sampai petang semua orang pengsan.
Bangun tidur, Rizq dah boring. Tak kasik dia swimming coz takut demam asyik berendam jer. So turun bawah ke games room, ajar Rizq main video game pulak.
Malam nya we all dinner jauh sket. Tapi tak ingat nama tempat tu.
Sunday
Alaa... cepatnya dah Sunday kan. Breakfast kat cafe hotel. Once again Rizq nak gi laut. Bawak dia jalan jalan tepi laut. Suka betul dia dengan laut.
Checked out around 10:30a.m.
Arrived in Bangsar around noon. So tak tau nak makan apa. Hubby bawak makan kat tempat yang SASTRI pernah mention dlm blog dia-Ayam Nara. Memang sedap.. cuma tak terhabis makan ayam sekor share 3 org!
This is Rizq with mummy (The result of slimming centre..)!!
Ni la NONI yang saya selalu sebut sebut dlm entry yang lepas...
So that's about it! Semoga dapat gi cuti cuti selalu lagi!Monday, May 28, 2007
Pening
Wednesday, May 23, 2007
Tak Sabar
Bulan yang ditunggu tunggu setelah sekian lama. This month we'll know our increment! Hee.. hee... I was a little over excited because my boss kata I will be promoted. Alhamdulillah....
2004 was the last time I got promoted. At that time, gaji aku naik banyak lah jugak as compared to the rest. So this time pun aku mengharap yang sama. Rezeki anak anak lah katakan.
This Friday I will be on a half day leave. Nak ke PD sebab hubby ada golf ngan kengkawan aku punya hubby masing masing. So we all pun mengekor jer lah. We'll be back in town on Sunday.
So nanti kalau ada gambar yang menarik, aku postkan kat sini.
Till then..!! Bye all!!
Monday, May 21, 2007
Aktiviti Semalam
Pukul 9:00a.m. dah keluar rumah. Ingatkan sekejap la. Rupanya dekat pukul 2:00pm baru habis. Rizq dah penat giler dok berlari atas padang tu. Siap makan aiskrim malaysia (yang aku tak pasti mana dia dapat) lagi. Risau jugak sebab dia ni bukan tahan ais sangat. Tapi dah orang kasik, tak kan nak buang pulak kan....
Dah habis semua kat situ, we decided nak buat groceries kat Carefour Subang pulak. Rizq dah letih & tak larat. Tapi since keluar rumah pagi tadi, dia dok sibuk nak naik noni big.. bawak jugak lah.
Sambil aku buat groceries, hubby temankan dia main noni big. Itu pun hubby citer berapa kali terlelap dah duduk kat sudut.... Kesian dia.....
Dah penat... kita minum dulu!
Tengah dok tengok org main..
Kat dalam ni lah derang berperang
Posing pulak dah mamat sorang nie....
Wednesday, May 16, 2007
Naik..Naik & Naik Lagi!!!
Kata orang kerajaan dapat naik gaji. Dan gaji orang yang kerja swasta pun disarankan naik jugak. Itu baru saranan. Blom implementation. Tapi rege barang kalau naik with immediate effect jer selalu!
Untuk kita yang at least ada gaji ni boleh tahan lah jugak. Tapi kesian kat orang orang kampung, yang tak larat nak bekerja, ibu ibu tunggal yang ada 9 orang anak.... mana derang nak dapat duit lebih nak menampung perbelanjaan? Nak minta duit Kebajikan Masyarakat pun susah. Ha.... last last tak payah makan!
OK lah. Dari aku membebel tak tentu arah saper sebenarnya aku nak marah.. baik aku stop. Nak pi beli buah kat kakak tea lady kat sini. Perut kenyang.. hati tak sakit.
For all.. till then.. BYE!!!!!!!!!!
Monday, May 14, 2007
Tak der Citer
Hari ni blom ada cerita lagi. Cuma nak tunjuk kat bawah ni, apa aku masak wiken yang lepas.
Ni gambar sup ayam aku. Tengah mendidih kat atas dapur. Resepi ada kat dalam website masak memasak aku cam address yang tertera kat tepi ni.
Bawah ni pulak gambar sotong sambal yang hubby masak. Aku cuma bleh tengok ajer coz masih dalam pantang makan! Amacam.. nampak sedap tak?
Hubby memang boleh memasak.. cuma jarang jer sebab dia dah ada tukang masak yang tak berbayar ni haaa...
Ok lah. setakat ni ajer dulu. Aku akan update kalau teringat apa apa citer menarik nanti..
Bye!
Friday, May 11, 2007
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU!!
Ni gambar waktu gi Wet World Shah Alam last week, waktu cuti Labour Day. First time bawa Rizq gi wet park. Biasa lah dah dua jam pun tak nak naik jugak. Pujuk...pujuk kata nak pergi naik NONI big, baru member nak.
PERFUME
U all kan kalau pakai perfume suka campur campur atau stick to one? Untuk aku aku suka campur campur. Kat bawah ni gambar perfume yang I've been using currently . Dari kiri tu, Calvin Klein, aku beli last 2 months waktu aku exercise ESOS. Pink color tu, Morgan, last year beli kalau tak silap time dapat bonus. Sebelah lagi tu yang botol bersegi segi, Lancome Hypnose, hubby beli time gi Langkawi last year jugak dan yang depan sekali tu pulak, CD Ms Cherie (kalau tak silap) hubby present time birthday last month.
Actually aku ni tak ada benda nak dituliskan. Esok dah Saturday. Nak kena bawak anak sedara aku gi jumpa doctor kat Gleneagles. Follow up check-up cos tanagn dia patah 3 hari lepas jatuh basikal. This is REAL patah terkulai dua in between siku & pergelangan tangan. Kena masuk besi.
Aku kena amek tanggung jawab bawak dia gi hospital coz kakak aku a.k.a the mother dah terbang ke Medan pagi tadi.
Adik beradik kan kena lah tolong menolong. Kalau tak siapa lagi nak diharapkan.
Untuk semua IBU IBU di luar sana Selamat Menyambut Hari Ibu. Inagt erk.. hari ibu tak payah memasak! Soh anak anak belanja makan kat luar. Kalau anak tu kecit lagi.. soh bapak anak yang belanja! OKKKKKK!!
Monday, May 07, 2007
Hangin
Ni nak citer. Tadi aku berempat ngan kengkawan aku ke kedai makan di KL Plaza. Ada Kopitiam baru bukak kat sana. Aku tak boleh dengar kopitiam ni. Mesti nak try sebab favourite aku ialah roti steam. Sebut kat mana ada kopitiam sedap aku mesti nak cuba.
To our astonishment... this kopitiam is not like the usual kopitiam. Dia punya menu punyalah banyak!!! Dengan segala jenis soup, segala jenis nasi, mee, meehoon, chicken chop, fish & chips.. you name it! Air dia pun ada berpuluh puluh jenis.
Untuk aku yang kengkononnya tengah diet ni, aku cuma order cream of chicken soup & roti bakar. Minum pulak air suam.
Tunggu punya tunggu dah dekat 15 minit baru dapat air suam. Itu baru air suam... Tak lama pas tu dua drpd empat makanan yang diorder tu pun sampai... Waktu waiter tu hantar makanan aku dah nak hangin sket. Aku tanya..
Aku: Adik, roti bakar mana? Takkan blom siap..
Waiter: Roti bakar? Mana ada order? Lagipun kami tak ada roti bakar!
(Whatttt??? Kopitiam tak ada roti bakar? What nonsense! Naper ler tak cakap awal awal)
Tapi still bleh tahan sabar...
And now dah masuk 45 minit. Tak nampak lagi bayang cream of chicken soup dengan cantonese noodle member aku.
Aku: Adik sini kejap! Akak nak kensel la chicken soup & cantonese noodle. Dah penat akak tunggu.
Waiter: Ooo.. tak dapat lagi yer. Akak order apa tadi?
Aku pun amek bill & tunjukkan our order seperti yang tertulis & terpahat kat dalam tu.
Waiter: Akak nak kensel yang mana?
Aku pun tunjuk la. "Yang ini... cream of chicken soup & cantonese noodle"....
Lima minit lepas tu ada waitress Indon pulak yang datang. Siap bawak menu bergambar.
Waitress: Mau dikensel yang mana? Yang ini ya? (sambil tunjuk gambar seafood tomyam kat aku)
Time ni aku dah tak tahan.
Aku: Kan saya kata saya nak kansel cream of chicken...
Waitress: Iya.. yang ini.. (sambil tunjuk benda yang sama!!)
Aku: Ini kan namanya tomyam. Saya tak order ini. Saya ORDER CREAM OF CHICKEN!!! Tapi sebab dah dekat 45 minit blom sampai, jadi saya nak kensel!
Waiter tu dengan muka marah blah gi dapur....
Issshhhhh... apa lah susah sangat. Nak makan pun susah dalam dunia nie!
Thursday, May 03, 2007
Update Anak
Me & hubby dok kat depan... while Rizq and Tina dok main main kat belakang khete..
Tetiba anak aku:-
Rizq: Mummy.. mummy.. Atomen (Ultraman)!
Aku: Mana?
Rizq: Atomen naik motor....
(sambil menunjukkan keluar tingkap khete ada sorang pak polisi pakai full face tengah menunggang motor)
Erm.. anak.. anak....
Today
Rizq tak sihat dapat batuk & selsema akibat berendam lama sangat dekat Wet World Shah Alam 1 Mei yang lepas.