Monday, May 07, 2007

Hangin


Ni nak citer. Tadi aku berempat ngan kengkawan aku ke kedai makan di KL Plaza. Ada Kopitiam baru bukak kat sana. Aku tak boleh dengar kopitiam ni. Mesti nak try sebab favourite aku ialah roti steam. Sebut kat mana ada kopitiam sedap aku mesti nak cuba.

To our astonishment... this kopitiam is not like the usual kopitiam. Dia punya menu punyalah banyak!!! Dengan segala jenis soup, segala jenis nasi, mee, meehoon, chicken chop, fish & chips.. you name it! Air dia pun ada berpuluh puluh jenis.

Untuk aku yang kengkononnya tengah diet ni, aku cuma order cream of chicken soup & roti bakar. Minum pulak air suam.

Tunggu punya tunggu dah dekat 15 minit baru dapat air suam. Itu baru air suam... Tak lama pas tu dua drpd empat makanan yang diorder tu pun sampai... Waktu waiter tu hantar makanan aku dah nak hangin sket. Aku tanya..

Aku: Adik, roti bakar mana? Takkan blom siap..

Waiter: Roti bakar? Mana ada order? Lagipun kami tak ada roti bakar!

(Whatttt??? Kopitiam tak ada roti bakar? What nonsense! Naper ler tak cakap awal awal)

Tapi still bleh tahan sabar...

And now dah masuk 45 minit. Tak nampak lagi bayang cream of chicken soup dengan cantonese noodle member aku.

Aku: Adik sini kejap! Akak nak kensel la chicken soup & cantonese noodle. Dah penat akak tunggu.

Waiter: Ooo.. tak dapat lagi yer. Akak order apa tadi?

Aku pun amek bill & tunjukkan our order seperti yang tertulis & terpahat kat dalam tu.

Waiter: Akak nak kensel yang mana?

Aku pun tunjuk la. "Yang ini... cream of chicken soup & cantonese noodle"....

Lima minit lepas tu ada waitress Indon pulak yang datang. Siap bawak menu bergambar.

Waitress: Mau dikensel yang mana? Yang ini ya? (sambil tunjuk gambar seafood tomyam kat aku)

Time ni aku dah tak tahan.

Aku: Kan saya kata saya nak kansel cream of chicken...

Waitress: Iya.. yang ini.. (sambil tunjuk benda yang sama!!)

Aku: Ini kan namanya tomyam. Saya tak order ini. Saya ORDER CREAM OF CHICKEN!!! Tapi sebab dah dekat 45 minit blom sampai, jadi saya nak kensel!

Waiter tu dengan muka marah blah gi dapur....

Issshhhhh... apa lah susah sangat. Nak makan pun susah dalam dunia nie!

21 comments:

k.d said...

Hahahaa

Jangan cari gaduh dengan orang tengah lapar kan...cari nahas namanya tu..!!

simah said...

last last hang makan tak apa apa kat mana?

Mummy Rizq said...

kd-geram tol! dah la semua waiter tu indon + bangla!

simah-haa.. ada. aku lunch ngan air kosong tengahari tu... br betul diet.. hee...

13may said...

keh keh keh.....

awat tak kalih meja tuh???

baru ganas!!!

hahha...

Mummy Rizq said...

13may-tak nak la brutal sangat...

Haariz's Mommy said...

mmg hangin betul la.. baca pon dah hangin..

blackpurple said...

Itulah. Kedai kalau servis 'hampeh', laik kali tak payah la datang lagi...! :D

Sunan_Jati said...

hahah awat x lempang jer waitress tuh.. ngehehehhehehehhehe!

kasutVincci said...

hiks..kv pun tumpang bengang!

Kak Lady said...

Larrr...tak guna letak dalam menu makanan berderet-deret kalau servis camtu...kalau kene dengan hubby akak mau dia tinggalkan aje...akak yang baca ni pun hangin jugak...

alinlai said...

ke ke ke...mujurlah tak bertukar kaler 'hijau' grrrrrrrrrrrrr....

Mama Sarah said...

kipas kipas

tiup tiup

esok2 kalau i yg hangin, you tiup i pulak tau!

Sastri said...

isk isk... tomyam dgn cream of chicken, jauh bezanya tu... apa laa 'hire waiter/waitresses' yg tak tau pasal makanan nih? takyah p dah laa Mummy...

Mummy Rizq said...

HM-so u jgn sesekali masuk kopitiam kat kl plaza tau!

BP-memang tak akan pergi lagi...

sunanjati-lempang? hee...kang kena tahan ISA plak..

KV-mari bengang bersama sama...

kak lady-tu sebab yg saya terus kensel order tu! itu pun payah!

lyn-dah bertkar jd cicakman nie!

MS-tak per.. time MS nanti MB pasangkan aircond ok!

sastri-amek order pun pakai tunjuk gambar. kalau kita sebut derang tak paham...

cikdinz said...

apa punya kopitiam nih. servis hampeh betul. tak bleh pakai.
kalua tak tau nak berniaga, jgn berniaga. bukak kopitiam plak tuh.

RaFFLeSiA MeRaH said...

lorrr...memula bukak dah tunjuk kelembapannyer....nampak gaya ko masuk situ minum air suam jer yerk, sian hang...aku pun penah kena tunggu order dkt 20 minit, ingat nak blaaaa dah, tapi fiance aku tu jenis sabar...dia wat derk jer bila aku dah naik hangin...last2 aku x tahan aku tanyer jer bebudak amik order tu...

Kaklong said...

salam,

first impression pelanggan bila order makanan n minuman, yg dipesan cepat sampai. kalau tak mmglah nak kena dan sorilah nak makan kat sana lagi

Aku Bukan Bidadari said...

mar...hati2 kalo nk gaduh ngan orang buat benda makan nih, tiara pernah nampak satu indon pompuan ludah dalam sup..maybe tak puas hati ngan pelanggan yang marah2 tu..tiara tak gi tegur pelangan tu sebab pelangan tu "kap lam ya nga"... hmm hati2 ya kalo nk marah tunggu sampai makanan tu dh smpai then u mrah kaw2

kakLuna said...

eii..geramnya...sampai taktau nk komen apa?

ikut cam 13may kata lah..kalihkan je meja tu?ganaz sket..hehe

simah said...

wei..selamat menyambut hari ibu...:0) enjoy ur day! :0)

Mummy Rizq said...

cikdinz-derang ni tak bersungguh nak berniaga.. tu lah pasal..

RM-bagus..fiance sabar. aku & hubby dedua jenis tak sabar!

kak long-memang x nak pergi dah!

ABB-memang lepas marah, tak akan makan kat situ lg. takut kena ilmu..haa..haa...

luna-aku nak menjaga tertib kesopanan aku kononnya... hee..

simah-selamat tok kau jugak! makan kat mana????