Alhamdulillah.. Rizq dah kurang panas badannya. Selera makan pun dah ada balik walaupun tak banyak...
Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, aku ke Melaka dari hari Jumaat ke Ahad yang lepas.
Jumaat tu, aku sampai kerumah in law pun dah lebih kurang pukul 9:30 malam. Aku bercuti tapi hubby tetiba plak kena attend meeting kat Bangsar pukul 5:30 petang. So aku cuma merayau rayau kat Mid Valley sementara menunggu hubby habis meeting.
Sabtu tu plak.. pepagi aku dah ke rumah mak ngah hubby. Pergi mengurut. Aaaa.... lega rasanya bila dapat diurut. Memang pun aku demam time tu. Sedang elok sangat lah dapat badan ni dipicit picit. Balik ke rumah in-law, aku menolong dia memasak plak (time ni hubby dah pergi golf). Petang ni derang ada jemputan sikit makan makan kat rumah. Menu petang tu cuma mee goreng, sandwich telur, agar agar & goreng ayam. Sikit sikit pun.. dah masuk maghrib baru settle orang balik semua.
Sabtu malam, we all semua check-in kat Century Mahkota Hotel. Hubby and father in-law ada dinner. So aku kena drive MIL, adik ipar & Rizq ke hotel. Aku ni dah la rabun malam. Nak kena drive khete hubby yang bagak tu ke hotel plak. Lagi satu, jalan kat Melaka ni aku memang surrender. Tapi kuatkan semangat drive jugak la dengan berpandukan arah yg adik ipar aku tunjuk. Itu pun blurr blurr jugak. Apa apa pun semuanya selamat....
Ahad pagi, hubby start meeting. Lepas breakfast, aku bawak Rizq pergi swimming. Tak lama pun sebab sejuk. Balik dari swimming, we all ke Mahkota Parade. Shopping shopping sket. Lunch kat sana sekali.
After dah penat, balik lepak kat hotel lagi. Hubby finished the meeting @ 2:00p.m. Kemas kemas barang and off we to the hi-way and back to Bukit Beruntung. Badan Rizq start panas dalam kereta. So, jejak jer kaki kat rumah, aku dah tak bleh buat kerja. Kena mengadap dia ajer. Budak budak kalau tak sihat memang macam tu kan. Kena lah berkorban. Bukannya selalu...
7 comments:
tumpang lalu,
me pon suka cerita pasal anak-anak .. esp my one & only daughter yg tgh nakal :)
awat monyok je muka Rizq tu..mummy tak bagi beli mainan yek? :)
my MIL punya fav line, "anak2 letih asyik berjalan, tu demam"
apa2pun, am glad Rizq is better.
take care
mama tinie-rasanya semua mak akan suka bercerita pasal anak kan...
luna-tak beli mainan?? dah tak sanggup nak membeli.
MS-kita kena latih anak anak supaya suka berjalan nie.. senang kita nanti! hee.. hee,..
melaka kalau tang jalan tu aku pun surrender. tapi yang senang nak gi mahkota parade...terussssss ajer. Heheheh
Melaka bandar bersejarah... balik nanti nak cari ikan bakar ler...perkena dengan nasik lemakkk..nyumm nyummm
zakiah - aku selalu duduk jd mem..tu yg sekali sekala drive tempat unfamiliar, jd ketaq lutut..
ajzie-kalo nak tau tempat best ikan bakar.. tanya lah saya nanti!
Post a Comment