Tuesday, August 28, 2007

BORED!!

This week is a short week becoz of the Merdeka holiday this Friday..but ooooo.... I am so the very bored!

My boss' last day was last week, and I am now left alone in this department. What did I do? Blog hopping & chatting. Hee.. hee... I will only be in my new department (God knows where!) next week.

This Friday I will be off to Jakarta - Bandung trip. Its actually a teambuilding + company trip organised by my Company. Sooo... the baik hati kan. But no families are allowed. jadi all the gentlemen here were saying "waaa... kita nanti betul betul MERDEKA la kan!" Dah tak ingat anak bini la tu agaknya. Hee.. heee....

Nothing much to tell you guys today. Ni tengah menunggu bila la nak tiba time lunch nie? Today nak ke Sg Wang and Bukit Bintang (again???).

Monday, August 27, 2007

Was Tagged By Mira!

Hee.. hee.. it was a long due tag!

Ibu Emir (Mira) tagged me on : The many ways my child try to avoid bedtime/naptime

Rizq has grown into a big boy without me noticing it. Dulu dulu, kalau malam tu dalam pukul 8:30 or 9:00 dia dah tido and mummy (read: and daddy) boleh lah buat apa apa kerja yang sepatutnya. Hee.. hee...

Tapi sekarang masa tidur dia dah berubah. Kalau belum pukul 11:00 jangan harap la dia nak tidur or even duduk diam. Ada ada jer yang dibuatnya.

1. Dia suka melompat atas katil (last week katil we all dah patah); dan jugak atas badan mummy. Dah sakit sakit dah badan ni. Selagi tak kena beat, dia tak akan dok diam;

2. Now sebelum tido dia akan kumpulkan buku citer dia dua tiga buah suruh kita baca, mulut mummy pun dah penat. Terpaksa membaca dalam gelap sebab kalau lampu terang lagi dia tak nak tido;

3. Nak tengok DVD. Apa apa citer asalkan DVD terpasang;

4. Tengah tengah malam minta cokelat & biskut nak makan atas tilam dia dalam bilik (mana lah bilik tu tak bersemut!);

5. Main henfon mummy. Entah apa apa nombor dia dail. tau atau ada jer org kol balik tanya naper kol derang tengah tengah malam. Last week dia kol Mat Salleh mana tah kat oversea!

6. Tangkap gambar guna henfon. So banyak ler gambar almari, gambar mummy tengah tido, gambar daddy tengah tido, gambar diri dia sendiri dengan macam macam pose yg paling banyak sekali!

7. Dan entah apa apa lagi. Yang pastinya mesti aku yg tido dulu dari dia....


Rizq ni kalo tido, suka sangat mengigau. Bercakap sendiri. So you all ada apa apa tips tak nak mengelakkan dari anak suka mengigau nie????

Wednesday, August 22, 2007

Back From Damai!!

Saturday, 18 Aug 08

Agenda: DIIA ITM Reunion Dinner

Place: Rebung, Bangsar

After 13 years having left ITM, we managed to gather around 30 of us for this dinner. Friends came all the way from Pahang, Kuching etc. What a fun nite it was! Lepak makan makan & karaoke dekat Rebung till 11:00ish pm. Then a few of us sambung lepak dekat Fathimah Corner (belakang Dataran Maybank Bangsar). We (me & hubby) didnt stay long sebab tak bawak Rizq. Kept thinking about him waktu dinner tu takut dia terjaga tengah malam & mencarik mummy & daddy....



Nin (ratujamu.blogspot.com), kak Z, myself & Zetty


Suzi, Hawa, Zetty, Corin, myself, Min, Liza & Effi

Now citer sket pasal Damai Laut pulak

Asalnya we shud be there from Sunday - Wednesday. Tapi tetiba semalam hubby kena call back to the office today for a few meetings.

Overall Damai Laut was a nice place to stay. A bit kedalam & susah nak keluar carik makan if dah boring makanan from hotel. About 20kms from bandar Sri Manjung, the nearest town.

Golf was good, scenery cantik, pool pun best. Yang tak bestnya, dekat situ banyak lalat. Even dalam hotel room pun lalat berkeliaran. Inikan pulak kat the cafes & restaurants. Nak makan pun kena halau lalat kat sudu dulu. Eeeeee... geli!

The reason is that the resort ni dekat dengan Ayam Dinding punya poultry farm. Tak best betul lah!

Ni waktu makan malam on the 2nd nite


Rizq tengah main dekat childrens play room


Rizq depan swimming pool


Rizq & mummy dalam hotel room


Sekarang ni kalau tangkap gambar mesti nak peluk peluk.. style baru..
The sea..
One of the area dekat hotel


So here I am.. back in the office! 4 hari cuti tu rasa nya macam sekejaaaapppppp... sangat!

Friday, August 17, 2007

Another Weekend Has Come



Aduhhh.. aku tengah menegangkan urat urat pinggang aku yg seakan akan cramp ni.
Nampak gambar kat atas tu? Aku la nie tengah sibuk packing & berkemas (read: sorang sorang) sebab nak berpindah. Ada file yang kena send for archive, ada file yang kena send to HQ and ada file yang kena transfer ke Department lain. Fening kepala rasanya.
Ni dah dekat pukul 6. Aku still kat ofis sengsorang coz next week Monday to Wednesday I will be on leave. Nak ke Damai Laut. Nampaknya tak berupdate lah blog ni & tak boleh lah nak meronda blog kengkawan. Unless aku ke business centre kat hotel, aku jenguk lah mana yang sempat.
Till then.. mmuuaahhhh... to everybody. Happy Weekend.. Happy Tido... Happy Masak Memasak & Happy untuk semuanya...

Tuesday, August 14, 2007

Cerita Ceriti Monyet

Read this story forwarded by a friend yesterday. I dunno why but I cried..

Sedih sangat ker????

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu.
Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya.
Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami.
Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cubamenahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga.
Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Monday, August 13, 2007

Sedih!

Not really in a good mood to write today...

What happened to me?

You guys knew that I went back to kampung on Saturday rite? For the kenduri kendara?

So on Sunday, we headed back to Bukit Beruntung. Arrived around 12:30p.m.

And to our surprise, our house was broke into!! They used the front window. Do not know how they can tear the grill down.

The master bedroom door was also broken. They took away ALL my jewelleries, hubbies watch & some money. Yang sedihnya my atok rantai pusaka was there also.

One thing yang pelik sangat sangat is that how come they did not ransack all my other rooms, but only the master bedroom? And they broke that particular closet & drawer yang ada jewellery and not the other drawers??? Macam dah tau tau ajer!

So.. tak boleh nak tulis bebanyak. Tengah sedih & sakit hati nie....

Thursday, August 09, 2007

Entry + +

Ermm... semalam seharian aku kena attend course to complete my CPE points (I'm holding a dealers licence, therefore I need to collect at least 20 CPE points to renew my licence). So, kalo pergi course tu maknanya masa untuk makan makan jer la. Kekejap break makan.. pas tu break, lunch, kang tak sampai berapa lama lagi break tea time pulak. Kenyang... kenyang....
_______________________________________________

I've met our Group MD and the COO over a breakfast meeting last Tuesday. Discuss about my transfer to HQ with them. So sekarang semua dah sorted out. I will stay dekat my current office. They agreed with my decision. Just sekarang ni nak tengok which Dept shud I be transferred to dekat sini. But for sure I knew that I wont be placed kat HR. It will be the front office. Tak per lah. Better than kena transfer le different office.

_______________________________________________

Sekarang ni Rizq tengah taksub (betul ker?) dengan buku Mari Belajar Sembahyang. Kesana sini bawak buku tu suruh orang citerkan kat dia. Dia akan buka buku tu, baca bismillah and amin.... Macam yea yea ajer tau baca. Kengkadang tu baca pun terbalik!

_______________________________________________

Minggu ni nak balik kampung aku kat Teluk Intan. Dah pesan awal awal kat hubby Saturday tu dia kena bangun awal sebab nak balik cepat! Mak nak kenduri malam tu so aku ingat kalo balik cepat bleh la tolong tolong apa yg patut... Mak kata menu for the nite is:-

1. Nasi minyak
2. Daging kari
3. Ayam masak merah
4. Udang goreng
5. Acar buah..

Uh..uh.. sedap.. sedap......

Monday, August 06, 2007

Pictures Only - Post Weekends

Hari ni cuma sempat upload gambar (in no particular order..)...

Rizq flu sebab berendam lama sangat agaknya.


In one of the rides.. Rizq naik dengan Tina

Tengah berendam


Main tak hengat....



Mummy, Daddy & Rizq.. dinner with theme Hawaiian


Rizq atas elephant



Dalam bas dr hotel nak ke Lost World of Tambun


Menikmati keindahan..



Friday, August 03, 2007

TGIF

Ho.. ho..ho.. Thank God It's Friday .... Time to enjoy!

Semalam me & hubby pergi berbuka puasa dekat Royal Crowne Plaza. Food was good.. Try amek gambar, tapi keadaan yang samar samar kat dalam tu membuatkan gambar semua gelap. So tak bleh nak share (gambar) dengan kengkawan semua. Tapi memang yummy lah!

Rizq's Development

Now dah semakin banyak cakap. Cakap pun dah clear, banyak yg bleh difahami dari yang tidak.

But still ada word confusion disana sini..

Luar - Olar

Main - Amen

Nak lagi - Agi Nak

Sedap - Idap


Loyar buruk pun boleh tahan.... Macam semalam..

Biasanya dia akan pergi ke rumah kakak sebelah tu, ikut kakak & abang tu amek anak kat sekolah, then sambung main lagi. So semalam kakak tu bekalkan dia satu plastik beg keropok untuk dia bawak balik ke rumah. Dia pun makan makan sampai ler tinggal sekeping jer keropok dalam plastik tu.. Then boleh dia kata..

"Kakak.. Rizq tak nak la. Kopok ni tak idap!"

Ermmmm.... dah sampai nak abis keropok tu baru dia perasan tak sedap. Bertuah punya anak!!


Wednesday, August 01, 2007

Dah Masuk Bln Lapan 07


Ini namanya gambar anak beranak tengah tak der kerja... tengah syok sendiri! Hee.. hee..


Tak der story menarik nak citer. Hubby pun dah balik dari Medan dah. What I got from there? Hubby bought me 2 Polo Ralph Lauren shirt. Bleh lah buat pakai kerja. Then dapat sehelai Levis jeans. Ermmm.. ni bleh untuk pakai raya nanti. Oooppss jangan salah anggap plak. Bukan pakai di pagi raya.. tapi untuk berjalan jalan di musim raya.. Hee.. hee... I like it!!


Bulan August ni bleh katakan every wiken aku akan sibuk. Ada ajer program:-


4-5 Aug - Will be attending hubby's family day dekat Lost World of Tambun. Ada dinner skali. Theme is Hawaiaan.. semalam dah dapat baju matching me & hubby kat BB Plaza.
11-12 Aug - Nak balik kampung aku kat Teluk Intan. Mak buat kenduri sambut puasa. Yeaahhooo.. BALIK KAMPUNG..!!
17 - 18 Aug - Kena attend hubby's uncle's wedding kat Utara Perak. Tak ingat apa nama tempat tu.
20 - 22 Aug - Ikut hubby ke Damai Laut Golf Resort. Dia kena attend LDP kat sana. Aku & Rizq tumpang sekaki.
25 Aug - Insyaallah kalau tak ada aral melintang nak attend Dot's son's birthday party..
31 Aug - 2 Sept - Ha.. Haa.. Aku ke Jakarta for teambuilding + menyongkets!
Aduhh.. penat aku tengok schedule aku for this month.