Monday, August 27, 2007

Was Tagged By Mira!

Hee.. hee.. it was a long due tag!

Ibu Emir (Mira) tagged me on : The many ways my child try to avoid bedtime/naptime

Rizq has grown into a big boy without me noticing it. Dulu dulu, kalau malam tu dalam pukul 8:30 or 9:00 dia dah tido and mummy (read: and daddy) boleh lah buat apa apa kerja yang sepatutnya. Hee.. hee...

Tapi sekarang masa tidur dia dah berubah. Kalau belum pukul 11:00 jangan harap la dia nak tidur or even duduk diam. Ada ada jer yang dibuatnya.

1. Dia suka melompat atas katil (last week katil we all dah patah); dan jugak atas badan mummy. Dah sakit sakit dah badan ni. Selagi tak kena beat, dia tak akan dok diam;

2. Now sebelum tido dia akan kumpulkan buku citer dia dua tiga buah suruh kita baca, mulut mummy pun dah penat. Terpaksa membaca dalam gelap sebab kalau lampu terang lagi dia tak nak tido;

3. Nak tengok DVD. Apa apa citer asalkan DVD terpasang;

4. Tengah tengah malam minta cokelat & biskut nak makan atas tilam dia dalam bilik (mana lah bilik tu tak bersemut!);

5. Main henfon mummy. Entah apa apa nombor dia dail. tau atau ada jer org kol balik tanya naper kol derang tengah tengah malam. Last week dia kol Mat Salleh mana tah kat oversea!

6. Tangkap gambar guna henfon. So banyak ler gambar almari, gambar mummy tengah tido, gambar daddy tengah tido, gambar diri dia sendiri dengan macam macam pose yg paling banyak sekali!

7. Dan entah apa apa lagi. Yang pastinya mesti aku yg tido dulu dari dia....


Rizq ni kalo tido, suka sangat mengigau. Bercakap sendiri. So you all ada apa apa tips tak nak mengelakkan dari anak suka mengigau nie????

11 comments:

kakLuna said...

bab psg dvd siang malam dan main henpon tu sama ler dgn si budet oman..

yang aku risau skrg dh pandai bg alasan bila aku suh buat sesuatu e.g..solat,amik kan barang etc..

Mummy Rizq said...

luna-bebudak sekarang ni hi-tech sungguh kan! kekecik lagi dah pandai..

kasutVincci said...

mar, skrg ni pun kv tido lbh awal dr danish. Malas dah nak tunggu dia tido dulu, dia pun dah besar. hehe

alinlai said...

ubat ngigau....cuci kaki sblm tido ke ke ke....

Mummy Rizq said...

KV - kalo kita tido, dia tak kacau tak per. ni abis badan kita dilunyai nyer....

lyn - bulan setakat kaki.. badan pun achik siram!

Kak Lady said...

Mummy rizq...agaknya dia sekarang tgh lasak kot...tu sebab ngigau...orang kata bebudak kalau keletihan tidornya tak betul...

Memang tgh nakal tu...abih nak buat camaner...hehehe...lunyai badan tu pun lunyai lah.... :)

Cat Cat said...

Sian Mummy & Daddy, kena tunggu Rizq tidur baru boleh *toot toot*... HAHAHA!
Tak pa. Jangan sampai tengah *toot toot*, dia pulak sibuk ketuk pintu tanya ini itu...

Aku Bukan Bidadari said...

ekekee..bukan budak2 jer suka mengigau..s aya ppun suka mengigau..

last sekali saya ngigau beli cempadak 2 bijik.. ekekee

Mummy Rizq said...

kak lady - memang tengah lasak.. malam tadi asyik kena tendang jer dengan dia!

cat - he's still sleeping with us. so tak ada problem ketuk pintu. just kena beware tetiba jer.."mummy!!!"

abb - ko ngigau beli cempedak tak aper.. ko jgn ngigau goreng cempedak dah. terkezooot badak si beckham tengok bini tengah malam masuk dapur dok menggoreng!

PuteriSatu said...

muaahaha..aku nak tergelak betul baca entry ko yang nih....rizq ko tu mang budak bijak...aku dapat bayangkan klu jumpa dia ..mesti mulut dia petah...seronokkan tengok perkembangan anak2 nih...rasa cam tak sabar nak tengok apa plak dia nak buat esok lusa kan..

Mummy Rizq said...

uteri - la ni start dia bangun tido sampai lah malam dia nak tido balik, baru mulut dia stop bercakap.. kalau tak ada ada jer benda yang dia nak tanya!