Friday, December 09, 2005

Actually this is my age....

You Are 28 Years Old

Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.

Wednesday, December 07, 2005

Medan..Here We Come

Wow! Air Asia is giving out 2,000,000 free seats to all destinations! Ni tak boleh lepas nie. Cakap dengan hubby that we need to go somewhere sebab this year tak holiday kemana mana. Rizq masih baby.

So this morning, masuk jer ke ofis, terus bukak Air asia nyer website. Try carik Medan flight. YES!!! Ada. We just have to pay fare for Rizq and the whatever charges (fuel, tax etc). Boleh lah. still can be considered cheap.

So, early March we will be going to Medan. With a couple of frens. The hubbies will go golfing while we LADIES will opt for shopping. Cuma tak tau lah macam mana nak bawa Rizq nie. Tak pernah travel jejauh dengan dia. Hopefully by that time when he's already 1 1/2 years old, it will be easy for me & hubby.

Friday, October 28, 2005

Hari Ini Setahun Yang Lalu

Hari ini setahun yang lalu...aku tengah terlantar di wad bersalin di SJMC. Sedang diinduce sebab kandungan dah overdue. Tepat jam 9:43 malam Rizq dilahirkan.

So hari ni genaplah umur Rizq setahun. Pandai, bijak, keletah & nakal. That's how I can describe him. Now dah start memanjat segala jenis kerusi dan kawasan yang sewaktu dengannya kat rumah tu. Bukan setakat memanjat, tapi siap dengan terjun Superman sekali. Aduh...memang tak boleh leka bila ada baby macam dia.

Anyway, mummy and daddy will always sayang Rizq and akan mendoakan agar Rizq menjadi anak yang soleh & beriman.

Happy Birthday sayang!

Monday, September 19, 2005

MACAM MACAM...

Lamanya tak nenulis...Banyak nya benda yang terjadi.... Camana nak buat nie???

ANAK

Rizq dah nak masuk umur 11 bulan. Teramat lasak dah kelakuannya. Kengkadang tu rasa cam nak dicubit cubit jer bontot dia tu sebab tak boleh nak duduk diam. Jalan dah macam orang besar. Sesiapa yang tengok dia mesti kata umur dia dah setahun lebih. Dia tu suka sangat bertenggong. pagi tadi paling kelakar. Biasanya Rizq akan bangun seawal 5 pagi. So kalau dia bangun...dia mesti nak ada mami disebelahnya. Pagi tadi macam biasa aku bangun pergi buat bubur nasi. Then terdengar suara dia menangis. So, aku bancuhkan susu dia sekali. Masuk jer bilik, aku tengok dia tengah menangis tersedu sedu sambil bertenggong di sudut katil. Memang betul betul macam orang kalah judi dibuatnya. Camana lah aku tak tergelak dibuatnya! Anak...anak....

SUAMI

Semakin hari semakin sayang....

KERJA

Eee..pening..pening. Boss ni memang macam macam kerenah! Tak abis ngan boss....anak buah boss pun sama. Semua nak kasik aku pening jer. Rasa cam nak berenti keje jer. Tapi kalo berenti saper nak kasik aku ribu ribu setiap bulan??? Rasanya kalo buka bisnes jual nasi lemak leh dapat duwet ribu ribu tak??

MAID

Aku kena kasik thumbs up kat maid aku this week. Ari Jumaat ari tu, bila balik dari keje tengok umah dah clear...Sliding door nyer curtain dia dah cuci! Siap rendam air panas lagi. Kalo aku pun tak sanggup nak cuci langsir tu dengan tangan. tak abis ngan langsir...comforter yang queen size tu pun dia cuci tangan gak. Lagi bersih dari antar laundry. So untuk mengenang jasa, ari minggu ari tu aku belikan sandal dia ntuk ganti yang dah putus tu...Sengih jer member dapat sandal baru...

Friday, September 09, 2005

WHO AM I?




Your Birthdate: April 21



Being born on the 21st day of the month (3 energy) is likely to add a good bit of vitality to your life.

The energy of 3 allows you bounce back rapidly from setbacks, physical or mental.

There is a restlessness in your nature, but you seem to be able to portray an easygoing, "couldn't care less" attitude.



You have a natural ability to express yourself in public, and you always make a very good impression.

Good with words, you excel in writing, speaking, and possibly singing.

You are energetic and always a good conversationalist.



You have a keen imagination, but you tend to scatter your energies and become involved with too may superficial matters.

Your mind is practical and rational despite this tendency to jump about.

You are affectionate and loving, but very sensitive.

You are subject to rapid ups and downs.

Wednesday, August 17, 2005

Ke Genting Highland Pulak....

Hari minggu hari tu aku ke Genting Highland bersama suami & anak & juga member satu office aku. Sampai ke Awana pun hari dah petang...hujan pulak turun mencurah curah.... Tapi what the heck! Dah terlanjur sampai, kami bergegas ke Skyway untuk naik ke atas.

Tiba di stesyen..masyaallah...panjang nya Q nak ambik skyway. Akhirnya selepas satu jam beratur, dan tangan aku dah rasa macam nak patah mendukung Rizq yg sedang tidur, kami berjaya mendapatkan tempat.

First time naik skyway...gayat pun ada. Mak ooii..tingginya! Lebih kurang 15 minit, kami pun sampai keatas. Rizq buat perangai tak nak duduk stroller. daddy nya dukung pun dia menangis. Terpaksalah aku yang mendukungnya. Nasib baik anak sorang. Bolehlah manjakan lebih sikit.

Tak lama kat atas, kami pun turun balik ke Awana. Singgah kedai nasi kandar di Gohtong Jaya for dinner. Sampai hotel, dah tak boleh nak buat apa...tak terdaya rasanya. Yang termampu hanyalah layan TV jer...

The next morning, actually hubby & the fren nak memukul. Tapi malangnya course tutup for repair. Hee..hee... Terpaksa lah menemankan isteri & anak kat swimming pool saja. Nak join, tak bawa swimming trunk! So lepak jer lah kat tepi pool tu..sambil sambil tu dapat juga lah dia mencuci mata...

Wednesday, August 03, 2005

Back To Work

This is the second day of work after nearly a week of holiday...Malasnyaaaa! That word best describe what I am feeling at the moment.

Bangkok trip was not a bad one. As a matter of fact I enjoyed it very much.

We arrived in Bangkok on Thursday noon. Nothing much. Cuma pergi jalan jalan tengok temple, the gem factory and shopping kat MBK. Itupun dah sampai malam becoz the traffic in Bangkok is worse that we normally experience in KL. We are lucky becoz the hotel that we stayed ada Muslim kitchen and dekat dengan the rest of Muslim nyer kedai. Turun jer hotel, ada pasar malam...we can bargain a lot kat situ.

The next morning was where the melawat melawat day. Right after breakfast, we went to the floating market. It was like a two hours drive from Bangkok. It was a truly unique experience for us. Didn't buy much as we wanted to save for the Chatuchak market. On the way back to Bangkok, we stopped over a few places; the crocodile farm, the cobra show, rose garden etc. Lewat petang baru sampai ke hotel balik. Malam, again we went to the pasar malam exactly kat bawah hotel. After that we went to Patpong (again its like a pasar malam, but with very expensive items sold). Dalam pukul 11:00 malam, we all (me, hubby and two friends of ours) pergi minum teh tarik kat one of the kedai mamak kat Sukhumvit area. Done with the teh tarik around 12:00 midnite, pergi massage kaki for 1 1/2 hours. LEGA......

This is the day that we have been waiting for. Shopping dekat Chatuchak market. There are around 15,000 stalls kat sini. True enough we can't cover all stalls. But things here are very cheap! You just name what you want and you can find them here! Loads of our stuff we bought it here...

Lewat petang is when our pick-up would take us to the Airport. Sedih jugak sebab cuti dah habis but, I am so GLAD becoz I'm going back to see my baby RIZQ. I'm sure that he missess us as much as we are missing him.

Tuesday, July 26, 2005

Bangkok..Here We Come

I'm off to Bangkok with my hubby tomorrow. Seronok pun ada, sedih pun ada. Seronok sebab this is the first time I'm going to Bangkok semata mata untuk shopping. Furthermore, this is my first trip after I gave birth to Rizq. Sedih sebab terpaksa tinggalkan Rizq walaupun cuma untuk 3 hari saja.

Aku cuma risaukan Rizq kalau dia nak tidur malam sebab dia tak biasa dengan orang lain. Tambah tambah dia masih breastfeeding. Kesian kan.... Bukannya tak nak bawa dia ke Bangkok, tapi the place is not very suitable for him. Mungkin tahun depan bila dia dah besar sikit, dia boleh ikut kemana saja mummy & daddy pergi!

His first tooth baru nak keluar and he has taken his first few steps last weekend. How proud we are to be your mummy and daddy!

Friday, July 15, 2005

Rizq's First Word

Semalam petang balik lewat sikit. Traffic teramat teruk. Tension pun ada.

Terlanjur balik lambat, me & hubby terus pergi ke Syed kat seksyen 3. Perut tengah lapar. Maklumlah balik kerja..hujan pulak tu. Aku pekena roti naan & hubby pulak makan nasi briyani bukhara ikan. Emm...yummy!

Sampai rumah dah dekat maghrib. So nampaknya Rizq tak boleh jalan jalan tengok fish kat taman. Hubby terus dukung Rizq..sebab macam tu lah selalunya. Tapi bila Rizq tengok aku, dia terus hulurkan tangan and suddenly dia sebut..."MUMMY!"

Yes! tak dapat aku gambarkan betapa bangganya & sukanya hati aku ni. Then sepanjang malam bila dia bangun dia akan panggil "mummy"....Sampai hari ni aku terus tersenyum...

Thursday, July 14, 2005

Dah Kurus?????

Kurus...itu lah perkataan yang aku tanamkan dalam diri aku semenjak 9 bulan yang lalu. Tapi nampaknya "kurus" cuma akan tinggal didalam kenangan coz setelah "mencoba" dengan begitu teruk sekali..hasilnya CIPUTTTT..jer!

Sewaktu mengandungkan Rizq, selera makan aku begitu baik sekali! By 9 months berat aku bertambah sebanyak 22kg. Waktu tu aku tak ambil pusing coz aku rasa selepas melahirkan, mesti aku boleh mencapai berat aku yg ideal kembali. Kenangan cuma tinggal kenangan. Walaupun dah 9 bulan berlalu, aku masih ada 5kg untuk aku kurangkan.

Sekarang setiap pagi sarapan aku cuma quaker oats...dan tengahari pulak aku akan makan sayur-sayuran hijau tanpa nasi. Malam aku akan makan nasi, tapi dengan quantity yg dicontrol. Tapi hampeh! Baru kurang 1.5kg.... Berapa lama lagi akanya perlu aku cenggini????

Monday, July 11, 2005

What Elements R U?







Your Element is Fire


Your power color: red



Your energy: hot



Your season: spring



Like a fire, you are full of power and light.

A born leader, you easily draw people toward you.

You are full of courage and usually up for anything dangerous.

You have a huge ego and love to be the center of attention.

What Element Are You?




Find the Love of Your Life
(and More Love Quizzes) at Your New Romance.

Monday, July 04, 2005

Weekend yg penat tapi syiookk..

Aaahh... akhirnya hari yang aku tunggu tunggu sampai jua. Pepagi lagi aku dah gerak hubby suruh siap untuk balik Perak. Dlm pukul 11:00 kami pun sampai. Lepak lepak kejap, aku & hubby kuwar pi bandar. Hantar khete kat fajar, suruh cuci, then gi jalan jalan kat stesyen bas carik dvd cetak rompak. Dapat 3 or 4 keping, then chow. Pergi Fajar balik, carik present untuk mak & Didi..(birthday derang. Dapat suwar untuk Didi and kasut untuk mak. Pas tu gi depan sekolah Convent beli Yu Yu ice (teringat zaman dolu dolu).

Petang tu pulak buat bbq kat umah sambut birthday mak & Didi dan juga anniversary aku yang ke 7 (ari ni ler). Fuh...meriah sungguh walaupun buat bbq tu cuma kami adik beradik. Dengan durian & rambutan lagi! Memang kenyang.

Malam pulak..WORLD! kat umah abang. Tengah malam baru balik rumah mak...

Hari Ahad after breakfast, bertolak ke rumah in-law kat Bukit Beruntung. Nothing much..lunch kat situ.

Petang balik Brunsfield, bawa Rizq berenang kat swimming pool for the first time. Kelakar tengok Rizq dengan swimming short nya tu! Menggeletar member sebab baru lepas ujan. Nasib baik tak jadi apa apa..

Friday, July 01, 2005

Balik kampung

Arrgghh..dah hampir sebulan tak memblog. PC problem. Harapkan IT department, berjinggut ler jawabnya. Kalau tak 100 kali aku kol, dia orang tak akan sampai ke tempat aku!

Pagi ni bangun badan sakit sakit. Apa taknya..Semalam aku tido depan TV. Bukannya apa. Rizq dah berapa kali hampir (nasib baik cuma HAMPIR) jatuh katil. Kepala dia dah panjang saja menjengah kebawah katil. Mungkin sedang mengukur ketinggian katil tu kut. Nak tawu sejauh mana sakitnya kalau dia jatuh! So, aku dah malas nak ambik risiko lagi. Biarkan badan mummy & daddy yg sakit, asalkan Rizq selamat.

Esok aku akan balik kampung. Semalam bila telefon mak, dia kata manggis & rambutan kat rumah dah masak. Then petang ni dia akan ajak abang cik untuk balik kampung cari durian pulak!. Isshh..isshh..isshh... macam tu lah perasaan seorang mak kan. Kalau boleh bila anak tu balik sekali sekala, segala benda nak disediakannya.

Lagi satu aku rasa dia pun dah rindukan Rizq. Dah lebih kurang dua bulan dia tak tengok Rizq, cucu bongsu nya tu.

Friday, June 10, 2005

Tersepit

Dah lama tak menulis..tak der masa! Cuma nak put a note on Rizq. Last Satuday 4 Jun, waktu tengah tidur..tetiba aku dengar..erk....erk... nak kata nangis bukan... Tapi bila aku buka mata, aku tengok anak aku dah tinggal kepala jer atas katil! Kaki, badan, tangan semua dah tak nampak. Rupanya dia dah tersepit in between katil & dinding. Pity him for getting mummy and daddy like us. Anak tersepit pun masih tak sedar.

Friday, June 03, 2005

Perkahwinan

emmm...cuti sekolah nie, kat sana sini asyik orang kahwin. minggu lepas ada, minggu ni ada..and minggu depan pun ada. semua member member. so tak boleh kalo tak pergi.
Semoga dia orang berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.

Untuk diri aku pulak, tahun ni dah nak masuk tahun yang ketujuh mendirikan rumah tangga. Hasilnyaaa..??? Anak yang berusia 7 bulan...hee..hee..syukur atas rezeki yang Allah kurniakan walaupun TERlambat. Mungkin ada rahmat disebaliknya. Insyaallah.

Semalam dalam satu artikel suratkhabar the SUN, satu couple ni menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 80++. Lama tu kan! Bila orang tanya rahsia perkahwinan, si isteri menjawab...Sebelum tidur kita harus selesaikan segala perselisihan faham yang ada between suami isteri. Dan lagi satu, apabila pasangan kita bercakap dengan kita, kita harus menjawab...YES DEAR...
Teringat pulak kat hubby. Bila aku cakap sesuatu dengan dia, eventhough dia tak berapa nak ambil pusing tentang apa yang aku cakap...dia akan balas YEA....YANG..... Dengan tone suara yang aku tawu sajer dibuat buat. Walau macam manapun aku bersyukur yang kami masih boleh berkomunikasi dengan baik tentang apa topik sekalipun...

Thursday, June 02, 2005

Wajah Baru

Akhirnya...aku berjaya mengubah rupa template ni with the help from Mr Fuad! Thank you so much...Tak sia sia ada kengkawan ni. From time to time aku akan cuba untuk mengupgrade my blog supaya tak boring.

Kol rumah pagi tadi. Bibik kata meja bulat tempat letak vase kat rumah tu dah patah. Rizq yang tarik...ermmm... ganas jugak rupanya anak aku tu. Tak sangka pulak. Baru 7 bulan nak menampakkan kekuatan dia. Hee..hee.....

Wednesday, June 01, 2005

My 7 Months Old Baby


MY BABY U!
Posted by Hello

Now Rizq dah masuk 7 bulan. Memang tak sabar rasanya nak tengok dia membesar. Rizq dah mula nak berdiri dengan sendiri. Mak kata mungkin Rizq akan cepat berjalan melihat dari perkembangannya sekarang. Dia terlalu manja dengan semua orang yang berada disekelilingnya...

Minggu lepas, Rizq demam. This is the first time dia dapat sakit since birth. Memang dia seorang baby yang kuat. Sungguhpun demam, dia tak merengek. Dia tak suka nak menyusahkan mummy and ddaddy dia.

Waktu tidur malam pulak, lasaknya bukan main lagi! Risau jugak one day dia terjatuh katil. So malam tadi me & hubby decided to buy tilam lipat satu. So all of us will sleep dekat depan TV. Untuk mengelakkan daripada baby terjatuh..hee...hee...

Friday, May 20, 2005

First Mother's Day


On Mother's Day
Posted by Hello

Friday, May 13, 2005

Hampir DITIPU

Tuesday, 10 May I have to go to my hubby's office instead of him picking me up after work. Tak lah susah sangat sebab ada monorail...

Tengah jalan..tiba tiba depan Westin Hotel I was stopped by a very neat looking man..but his face shows that he is in a hurry and hampir menangis. "Are you from KL?" he asked me. Without apa apa perasangka, aku tanya kenapa.

So dia pun dengan muka sedihnya bercerita. He is actually from Sabah on a tour. Ikut tour bus tapi dah kena tinggal. His bag and stuff are all in the bus. So he wants to get to KLIA by bus because he doesn't have much money to buy the ERL ticket. Dia tanya where to get a bus to KLIA. So I replied that if from KL it will be either the cab or the ERL. There's no bus that will lead him to KLIA.

But the problem is that he does not have enough money to buy the ticket. Punya lah sedih macam nak menangis dah..aku ni jenis lembut hati. Bukan boleh tengok orang sedih. Dia kata nak guna duit and akan suruh Suhaila the tour guide call and ganti duit aku nanti. Siap minta nombor telefon aku untuk diberi pada tour guide tu. Emm...camner yerk! Ni tetengah jalan. Ramai orang tengok. Tak tau kenapa hari tu aku keras hati sikit. "Sorry...but I don't bring much cash with me." Dan aku terus kan perjalanan aku ke monorail Bkt Bintang. Ok..kisah tu tamat kat situ ajer. Tapi hati aku tetap sedih sebab tak dapat tolong orang yang dalam kesusahan...

Semalam..11 May. Hubby ambik macam biasa kat ofis. Lalu ikut depan Park Royal untuk ke Jalan Imbi. Traffic light merah. So tengah tengah sembang dengan hubby mata aku merayau-rayau... Tup tup...this one familiar face keluar dari pintu Park Royal dengan senang hati nya berjalan sambil bersiul-siul..."EH YANG!...THAT'S THE MAN YANG NAK PINJAM DUIT I SEMALAM SEBAB DAH TERTINGGAL TOUR BUS DIA!!!

Jeng..jeng..jeng..Nasib baik tak kena tipu!!!

Wednesday, May 11, 2005

Maid oh Maid....

Semalam waktu tengah dukung Rizq.."Ibu, tadi saya makan buah pear yang dalam peti ais tu". "Emmm...makanlah" balas aku. Sebab aku kalo bab bab makan ni memang tak kisah. Biar ler maid aku makan. Kang lapar tak leh buat kijer pulak. "Waktu saya makan, Rizq nganga bu..kesian dekat dia" sambung nya lagi. "Aaaa.... abis tu kenapa?"

"Saya kesian, jadi saya suap dia makan pear!" Ya allah...sabar jer lah ngan si bibik nie. Nak marah nanti entah apa apa dia suap anak aku makan. So aku cakap elok elok. "Lain kali tak payah kasi Rizq makan buah. Cereal yang ibu beli tu pun dah cukup untuk dia. Dia kecik lagi tau..."

Doa aku semoga dia tak suapkan anak aku makanan yang bukan bukan lagi...

Tuesday, May 10, 2005

Mothers Day

Too excited this year as I am a first time mother. Konon konon nya berbangga lah jadi mak nie.

Petang tu me and hubby (without Rizq) pergi lah kuwar makan konon konon nya nak celebrate the Mother's Day lah. We went to this restaurant called P****G ST***T in Shah Alam. I ordered laksa and rojak buah while hubby ordered beef noodle. Dah habis makan laksa, I planned to finish up my rojak buah..tiba tiba..ooppss..aku memang pantang ler kalo jumpa rambut dalam makanan. Eeerrgghh... ada dua helai dalam rojak tu. Aku nak panggil waiter tapi hubby tak kasi. Aku tak puas hati juga. Bukannya nak marah or tak nak bayar makanan tapi aku nak cakap untuk memuaskan hati aku.

Tiba time minta bil, aku pun bayar. At the same time, aku pergi ke counter and habaq kat mamat cashier tu. Dia cakap kat boss dia pasal aku complaint. Bila boss dia gi tengok kat rojak tu, then dia kata..rojak jangan kire. Emmm... baru dia tahu.

Akhirnya hati aku puas. PUAS, bukan sebab aku tak payah bayar for the rojak, tapi PUAS sebab dia orang tahu yang dia orang buat kerja tak hati hati!

Thursday, May 05, 2005

Time Flies

Baby Rizq dah semakin besar dan semakin cerdik sekarang nie. Dah 6 1/2 bulan. Walaupun macam tu, aku masih terasa that he is still my little baby (at least in my heart).

He has start eating cereal now. I read a lot about babies in the internet. Gotta learn because I don't have lots of experience in raising them. Nak kasik makan pun susah. Ada yang kata boleh kasik thru bottle.. and ada yang kata baby can easily choke when feeding thru bottle. It's better to spoon feed them. That is only one slice of the many slices that I have to go thru...

Itu baru salah satu dari banyak benda yang aku kena belajar. Aku juga terpaksa bertanya kepada member member yang lebih experience dan lebih pakar dalam hal ini. Mampu kah aku untuk membesarkan anak aku dengan sebaik yang mungkin? Aku takut satu hari nanti aku gagal menjadi seorang mummy yang baik. Aku tak mahu in the future anak aku akan menerima akibat dari perbuatan aku yang tak dapat membesarkannya dengan baik.

Saturday, April 30, 2005

Merajuk

Petang semalam hujan lebat. Tau jer lah. Kat KL nie, time ujan memang jalan jem.

Normally sampai rumah dalam pukul 6:30 petang. Tapi semalam dekat pukul 8:00 malam baru sampai. Plan nak masak sambal udang terbengkalai...

Sampai jer rumah, aku & hubby terkam anak dulu. Tapi dia buat derk ajer. Tak nak gelak bila diagah. Pandang muka mummy & daddy pun dia tak mahu. Tapi bila dengan bibik nya bukan main dia ketawa. "Eh! Takkan Rizq marah & merajuk kut!" Sampai lah kemalam waktu aku nak tidurkan dia, dia masih very cold towards mummy & daddy.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, mood dia dah ok sikit. Tapi bila aku nak keluar pintu, Rizq mengangkat tangan dia seolah olah nak ikut kami pergi kerja. Emmm...perit rasa nya bila macam nie. Boleh ker aku MC??? hee..hee...

Riz..Rizq..baru 6 bulan dah pandai merajuk yea..Mummy & daddy will try to be home early today..

Wednesday, April 27, 2005

Income Tax

So..ari nie dah 27 April. Masih ada tiga hari lagi untuk semua orang membayar cukai pendapatan. Aku dan suami membuat keputusan untuk membayar income tax tu hari ini. RM319.00 ...jumlah yang aku kena bayar. Aaaarrrgghhh.. memang perit nak mengeluarkan duit untuk membayar cukai. Baru jer dapat gaji semalam..hari ni tak pasal pasal kena keluarkan duit. Plan bulan ni nak beli make-up terbengkalai lagi. Aku merungut sendirian. Setiap bulan ada saja yang kena bayar. Macam mana nak menabung (atau yang sebenarnya...bershopping??).

Tapi bila aku ingat apa yang pegawai income tax tu cakap aku terpaksa merelakan. Dia kata.."dah memang cukai tu sepatutnya tanggungjawab kita. Kenapa ramai sangat orang yang mengabaikannya?" Nanti aku ni seperti sorang warganegara yang tak tahu tanggung jawab pulak. Tapi dari aku bayar cukai, baik aku bayar zakat pendapatan! At least aku tahu kemana perginya duit aku tu. So starting next month instead of PCB aku akan potong untuk cukai pendapatan... Itu azam aku bulan nie.

Tuesday, April 26, 2005

Sheila Majid

Sheila Majid is my favourite singer. And the song that I like most is Antara Anyir & Jakarta.

Antara Anyir dan Jakarta (Emosi)

Derusan ombak bersilih ke pantai
Disambut alunan nyiur nan melambai
Rembulan megah diatas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua.

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Anyir dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyir dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam Kan kuingat selamanya
Antara Anyer dan Jakarta

Kini seakan mimpi yang buruk
Ku alami setiap hari
Cinta yang sudah tiada lagi
Tinggal memori membawa kembali.

Monday, April 25, 2005

Mengantuknyaaa...

Emmm..penatnya rasa bila hari isnin nie. Apa yang aku dah buat waktu weekend ari tu yea?? In law dan adik ipar datang ke rumah hari Sabtu tengahari. Petang tu bila husband balik kerja, kami ke Alamanda for the first time. Jalan jalan bawa Rizq. Biasa lah. Kalau dah keluar tu, Rizq akan dapat macam macam untuk diri dia. Mummy beli mainan. Daddy pun belikan mainan. Oh yea! Sebelum tu..thanx Ida (adik ipar yang loaded) for the Zara blouse..

Petang balik rumah, Rizq dah mengantuk. So bila keluar malam for dinner, dia terpaksa tinggal di rumah dengan bibik nya.

Hari Ahad..Yes! Rizq dah boleh berdiri atas lutut dia. Tak lama lagi merangkak lah tu. We are so proud of you baby.

Now dah Isnin. Boss baru balik dari China. Driver pulak buat hal...Emmm tak der ker hari lain dia nak MC? Aku kat office jugak yang kena pekak kan telinga mendengar leteran dia..Tension..tension...

Saturday, April 23, 2005

Meningkat setahun lagi....

Semalam umur ku genap 32 tahun...Tak banyak yang dibuat. Hari cuti. Tapi itu tak beerti yang aku boleh bangun lewat. Rizq akan bangun seawal pukul 5:30 pagi. Pusing kiri pusing kanan..kesian tak ada orang nak layan dia. Mummy & daddy still very much deep in sleep. Boring agaknya, dia pun start bersuara. Time ni, nak tak nak terpaksa bangun..hee..he...

Hari cuti ni aku & suami ambik peluang untuk kepasar. Yealah..hujung minggu biasanya suami sibuk dengan kelas MBA nyer. Memang tak berpeluang nak kemana. Terlanjur bercuti & tambahan pula hari jadi aku, tengahari tu kami keluar berjalan jalan. Rizq kena tinggal lagi. Kesian sebab sekarang dia dah pandai erti kena tinggal. Sedih saja rupanya. Tapi tengahari tu panas sangat. Tak sampai hati nak bawa dia berjalan time panas panas macam nie.

Arah tujuan kami ke Bukit Bintang tengahari ni. Plan memang nak berjimat. Tapi bila dah nampak barang memang duit tak oleh nak simpan. Sempena hari jadi aku, hadiah dari suami merupakan seutas jam tangan. Thank you sayang...

Wednesday, April 20, 2005

Alaaaa....boringnya

My boss won't be around the whole of this week. Seronok ada..boring pun ada sebab tak ada keje sangat. datang ofis, buka pc..and surf the whole day! Rasa macam makan gaji buta pulak.

Esok cuti, Prophet's Muhammad birthday. And tomorrow is also my birthday. Going to be 32 tomorrow. What good / or bad have I done huh! Dah ada sorang anak (bila nak tambah lagi yea.....) Tapi rasanya diri aku ni belom cukup untuk digelar ibu mithali. Masih banyak yang perlu dipelajari..

Mungkin ESOK???

Tuesday, April 19, 2005

Bermulanya Catatan


Rizq is going to be six months this coming 28 April 2005. You are such a darling to Mummy & Daddy..

After such a long wait, Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk mendapatkan zuriat...That is only after nearly seven years of waiting!!

I was expected to give birth on 24 October 2004. But after 3 days passed the due date, masih tak ada tanda tanda yang aku bakal melahirkan. Doctor suggested that I should be induced as the baby is now having less movement.

I was admitted to SJMC early morning of 28 October 2004. I was feeling very relax as I does not experience any pain. There was still no sign of me giving birth. They have no choice other than to induce me...emmm.... Only Allah knows. My earlier plan of not taking epidural terbengkalai. I took the epidural at 3:00p.m. Tunggu punya tunggu belum juga berhasil. Tambahan pula time tu bulan puasa. The last meal that I had is during sahur pukul 4 a.m. Badan dah terasa lemah.

Now it's Maghrib time. Husband terpaksa keluar untuk berbuka. Tinggal lah aku seorang diri dalam labour room tu. Menghitung saat pada jam yang terletak betul betul kat depan katil ku. Nurse yang bertugas dah bertukar sebanyak dua shift..dan aku masih disitu. Kawan kawan ku yang asyik telefon siang tadi, dah tak kuasa nak memicit button telefon tu lagi. Penat bertanyaaaa...

Akhirnya...setelah 13 jam lebih aku terbaring dalam labour room tu, Rizq lahir pada pukul 9:42p.m. dengan berat 3.35 kg & height 51cm. Alahmdulillah...

We love you very much baby...