Thursday, March 29, 2007

Hari Ini Hari Khamis

Eeee.... tak tawu nak cakap betapa syoknya aku minggu ni. Cuma satu hari aku bersua muka dgn boss iaitu hari semalam. Itu pun cuma separuh hari. Hari ini dia pergi course. Then tomorrow aku plak cuti. Pas tu next week dia cuti 2 minggu.. HEAVEN! Haa.. haa..haa.. korang tak jeles ker dengan kehidupan aku nie??

Malam tadi aku dah start pisahkan Rizq dari katil we all. Aku letak satu tilam kat sebelah katil we all. Ingatkan ok.. tapi last last aku ngan Rizq tido atas tilam, hubby sesedap atas katil. Dah la malam tadi tak tau kenapa si Rizq dekat pukul 12 malam baru tido. Meloncat sana meloncat sini, amek bedak tabur atas katil, amek handbag aku punggah, amek fon daddy dia bercakap sorang sorang.. last last hubby tutup semua lampu segelap gelapnya baru lah dia senyap. Agaknya budak budak ni tak tau erti penat kan... Penat mulut aku melayan dia. Tapi yang bestnya dia pandai picit aku. Lembut jer tangan dia tu.. hee.. hee...

Memula tu berat jugak hati aku nak pisahkan tempat tido. Tapi last week ajer dua kali dia jatuh katil. Naik benjol kepala kawan. Menjerit tengah malam. Kesian sangat aku kat dia. Tapi dia tido lasak sangat. Dah tak boleh control dah. Tu yang decide dia tido sendiri kat tilam bawah. Tapi aku rasa mesti kena amek masa lama supaya dia biasa dengan tilam baru dia...

OK lah. Tak der benda sangat nak mengarut. Esok aku cuti. So for the rest of you... enjoy the rest of the week!

18 comments:

HAPPYIRFA said...

anak sulung aku.6 tahun.dah ada bilik sendiri tp komplen panas sbb takde aircond,pakai kipas jer.so terpaksa bawak tilam dia letak dlm bilik aku.hero kenit 2 tahun tp masih sekatil dgn aku,
byk kali jatuh katil dan terpaksa rapatkan katil kedinding.hancus impian nak hias bilik ala hotel

13may said...

malam ni malam jumaat:D

Juliah & Faridah said...

eh, cite kita macam serupa la. nak pisahkan haariz dari tido ngan kitorang..tapi last2 mama dia pon join sama tido atas tilam dia :P

selamat bercuti!!

Angah said...

Aku memula dulu letak babycot rapat ngan katil, bila dia dah tinggi, aku letak pulak katil dia rapat ngan katil aku..

Sebulan sekali aku jarakkan sikit katil dia..dalam sekaki ke..sekarang masih tidur sebilik tapi katil dia hujung sana, katil aku hujung sini.

Then again sebab aku pun cuma jumpa arief seminggu dalam 3 kali, maka aku heret dia tido ngan aku sekatil ehehehe rindu maaaa

Cuma bila ayahnya balik Klang, maka tidur la dia di katil nye itu.

RaFFLeSiA MeRaH said...

nak gelak baca komen 13may...tapi mlm ni mlm sabtu dah...huhuhuhu, sian rizq sampai benjol2 kepala...

Alinlai said...

ke ke ke apa bleh buat... kena la pisah2 kan... slowly... uiskkk cuti2 pi mana tu :)

atehlaila said...

Dina & Liyyah dah tidur di bilik sendiri..itupun selepas di pasang aircond. YG best tu, every night, dlm pukul 3..aliyyah akan balik ke bilik aku..huh! kena pasang alarm..bahaya.

Aku dah mula memcuci karat kat blog aku...

Mama Sarah said...

hehe... macam2 kita ni cuba buat utk anak2. kita dulu macammana eh? (memang tidur atas lengan ayah sampai ke besar! haha)

Sastri said...

best kan kalau ada energy macam budak2... mcm2 leh wat....

blackpurple @ jowopinter said...

Eloklah pisahkan katil. Takut nanti dah bersunat pun nak tidur sekatil lagi. Kan kacau daun namanya...... he he he..

aNIe said...

Mar...anak kak lady si kecik tu dah 6 tahun pun masih nak tido ngan akak lagik...

Kiah Kardashian said...

sebelum ada adik awal awal dah beli toddler bed untuk rayyan. Tapi kalau nak tidokan mesti kena tido katil beso dulu. Dah lena baru pindahkan

Anonymous said...

kalau parents i memang aasyik suruh je asingkan, iyolah die takut anak jatuh katil, tapi of cos i tanak dulu.. susahkan kite, kesian kan die, but sebab tanak la si emir ni penah jatuh katil. kesian wooo

Mummy Rizq said...

irfa-tu ler.. ingat nak buat bilikcantik cantik, tapi nampaknya terpaksa lah kensel!

13may-eh! iyer ker????

haariz mommy-that means mommy yang takboleh nak pisah dengan anak kaaann....

angah-kalo aku jadik ko yg tak jumpa anak everyday pun mesti sayang nak pisah kaann...

RM-benjol.. aku kesian sangat & risau kalau memudaratkan!

lyn-cuti tak kemana.. settle hal jual khete cik kam...

Mummy Rizq said...

ateh-aku kalo pukul 3 tak payah alarm sebab time tu aku kompom tengah tidoo....

MS-aku dulu memang anak manja mak ayah. so sampai kebesar tido sekatil..hee.. hee..

sastri-energy tu cuma datang sekali sekala ajer.

BP-hee. hee.. ko macam pepaham jer..

kak lady-a'ez tu nampak sangat anak manja...

zakiah-masalahnya rizq ni suka terjaga tengah malam & melalak kalo tengok dia tido sengsorang...

mira-rizq ni prone to jatuh katil.. dari kecik kebesar asyik tergolek ajer..

Cik Tat said...

kakak ngan adik dedua tido sekatil ngan aku..xleh nak pisahkan sbb rumah kecik..kena tunggu dok umah besar baru leh ajar..

Anonymous said...

selalunya la kan..selalunya bila mak pak nak pisahkan anak dia dari katil depa ka..atau dari bilik depa ka... selalunya mak dia yg akan pindah sekali dengan mak dia...

aku tak ingat dah berapa tahun halil tidoq sorang sorang kat master bedroom sebab aku tidoq dengan baddin malam malam..lepas dia tidoq..aku transfer katil sendiri...lepas 2 jamlepas tu... aneeeeeeeeeeeee ada ja la yg panggilsuruh mai transfer katil lagi.. mcm hang pun mcm tu kot hehehe

selamat enjoy cuti hang!hangpa tak pi mana mana ka?

Mummy Rizq said...

mama singa-tak per.. as long as katil muat lagi, the its ok..

simah-ermmm... dah betoi dah.. hang ngan aku sama sepesen...