Friday, July 27, 2007

Ke Indon Kita????

Minggu ni kerja dengan hati yang berbuku buku.. Problem blom solve lagi. But thanx to those who's concern about me. Thanx to the kata kata hikmat & kata kata penyedap hati. Sorry lah tak dapat nak balas satu persatu sebab kerja tengah menggunung!

Esok till Monday hubby tak ada (how boring!) Dia akan ke Medan dengan his frens to jalan jalan (bestnya kan..) Tapi tak apa sebab aku tau bila dia balik nanti mesti dapat buah tangan dari dia (aku dah dapat teka.. mesti shirt Polo sebab sana mughah!)

And for myself plak, at the end of August Company ada buat company trip cum team building kat Jakarta. It will be from 30 Aug - 2 Sept. Memula tu aku tak pergi coz susah nak tinggalkan Rizq. Tapi malam tadi hubby kata pergilah. Dia bleh jaga Rizq. So I'll be off to Jakarta waktu hari Merdeka. Pergi lambat sket.. Friday instead of Thursday. Tak tahan lah lama lama pisah dengan Rizq. Nanti anak tak nangis mummy yang tak dapat tahan meraung teringat anak.

So esok dah Sabtu. Happy wiken everybody! Mmmmuaahhhhh.....

Wednesday, July 25, 2007

Al-Kisahnyaaa.....

Pasal Bengang

Where shud I start?

OK.. actually its not a really BIG matter pun. Pasal orang HQ. Tak payahlah lah aku tulis in detail.

Itu hari aku TERhantar salah email to this one person (dekat HQ). Aku dah call her and have apologised pun thru email jugak. But she's making a big fuss out of it. She replied my email and c.c. it to the Heads of Dept, the COO etc... Such a jerk! Nak tunjuk kesalahan kita to the whole Company kalau bleh! Bleh blah laa...

Shisssss.. dah malas nak ingat dah. Lagipun aku ni dah cool down sket...


Pasal Dilema

My HOD has tendered resignation and his last day will be at the end of August. So dengan ketiadaan dia, aku telah diarahkan untuk transfer ke HQ to join the CF team over there.

Aku seboleh bolehnya tak nak kena transfer ke sana. I have been with my colleagues here for nine years. I have been so used to them and OUR environment. But the request came from the Group MD.

I have wrote a letter requesting my stay at my current office. But people at HQ seems to expect my transfer ASAP.

Now tengah ding dong ding dong dengan our Head of Stockbroking and the HQ for my stay..

Dan lagi satu.. even I can stay at my current place, the Head of Stockbroking requires me to be transferred to the Research Dept.. which I dont want (waa... banyak cantek Marlina.. apa ko ingat ko ni saper nak pilih pilih??) I wanted to be transfer to the HR Dept!

Arrgghh... susahnya aku nak fikir..

SO sesaper kat luar sana ada yang nak carik org yang macam aku ni keje tak?????

Tuesday, July 24, 2007

Apa Punya Orang Lah Cam Ni!!!

Loads of stories to write actually.

But I am so D**M busy!

And I feel like cursing (sorry for the harsh word) somebody at the moment.

I will write later or else aku akan merapu dlm aku punya blog ni..!

AKU DALAM DILEMA!

Wednesday, July 18, 2007

Update Gambar Sket...

Memandangkan ramai nak tengok apa yg aku beli kat Langkawi, kat bawah ni gambar yg sempat aku amek semalam. Sebahagian dr barang yang aku beli....



Cokelat.. mostly for Rizq & hubby sebab aku dah limit kan diri dari makan chocolate..



My most valuable and precious Corelle.. ada lg 2 pcs (smaller) yg aku tak dapat amek gambar sebab sedang digunakan untuk mengisi lauk dinner aku semalam...

Tuesday, July 17, 2007

Langkawi Trip

Frens..!

I'm back.. safe and sound. Hee.. hee..

Trip to Langakwi was funtastic! Everything went on smoothly. From the flight, to the transfer and shopping.. everything was purfecto!

Cuma yang tak best, 3 frens takboleh join atas hal hal peribadi. Sayang jer ticket membazir macam tu ajer...

Apa yang aku beli?? Mostly Correlle set. & jugak kuali. And not forgetting CHOCOLATES!

Tak sempat nak tulis panjang. Below are some of the fotos.. (Not according to chronology of events)

Sesampai di airport Langkawi


Ni kena kejar ngan Abg Air Asia coz dia tak kasik take foto depan flight..


Waktu di makam Mahsuri

Breakfast at Mc Donalds LCCT sebelum berlepas




Masih breakfast lagi ...






Dalam flight before berlepas... (Ishh.. bulatnya muka aku!)



Wednesday, July 11, 2007

Merewang Lagi!


Langkawi!! Here I come..
Chewaaahh... cam bagus jer kan! Tak der la. Cuma nak kasik tau I will be on leave next Monday and Tuesday coz nak ke Langkawi dengan member member ofis.
Ke sana semua pompuan pompuan ajer. Sesajer sebab dah lama tak get together sambil bershopping. Bukan lama pun. Pergi balik hari. Pagi Isnin, first flight we all ke sana and balik petangnya.
Supposedly 8 of us. Tapi disebabkan perkara perkara yang tak dapat dielakkan, cuma 6 yang akan pergi. How sad.... Work comes first!
So aku akan upload gambar jer lah (kalau sempat nak amek gambar ler...) minggu depan once I came back.

Monday, July 09, 2007

TAG - RIZQ AQEEF


Dari sehari ke sehari aku nak menjawab cik Kiah punya tag nie. Tapi asyik tertangguh ajer.


Hari ni aku akan cuba buat sesuatu....


Tu haa... yang gambar kat atas tu, satu satu nya anak aku.. RIZQ AQEEF B KAMARUL ARIFFIN.


Mana aku dapat nama tu? RIZQ bermakna REZEKI. Anak itu adalah rezeki aku dan hubby yang paling besar. Lama tu menunggu. Bukan senang nak dapat sorang anak tu tau. Habis kena belah sana belah sini, korek sana korek sini, kikis sana kikis sini.. baru lah mengandung after 6.5 years aku kawin. Telinga ni dah jenuh mendengar dan menadah sinidiran, bebelan orang orang kat luar sana tu. Sabar jer lah kan! BTW hubby yang pilih RIZQ tu.


Pas tu mana bleh hubby sorang pilih nama kan! Aku pun kena ada share jugak. AQEEF tu aku dapat dalam mimpi aku. Nak caya tak caya? Carik carik makna, ada lah plak. AQEEF means VERY FOCUS. Tapi spelling nya aku tak sure. Since RIZQ ada Q, So aku pun sekadar nak mengcomplicated kan keadaan.. ejalah AQEEF.


So sedap tak nama anak aku? Hee.. hee....






Friday, July 06, 2007

Terima Kasih Abg Taxi..

Semalam hubby nak jumpa kengkawan dia for dinner. So lepas balik kerja aku rewang kat KLCC dulu. Penat berjalan aku pun gi makan sengsorang...

Dalam pukul 8:15pm tu aku amek lrt dr KLCC ke Bangsar. Org tak la ramai sangat sebab dah malam agaknya.

Sampai kat Bangsar, I was lucky sebab ada banyak cab dok beratur menunggu pelanggan. I got a Malay driver yang tak banyak songeh...

Dr situ, aku ke Bangsar Village. Dia turunkan aku betul betul kat depan Bangsar Village II. Tengok meter RM3.30. Aku pun kuwarkan duit RM3.50 dan bayar.

"Lebih tu simpan lah aku kata".

Aku turun & tutup pintu.

Tetiba......

"Adik.. ni salah bagi duit ni" Abg driver tu cakap.

Aku pun berpatah balik.

Rupanya aku kasik dia 2 keping note RM1 dan sekeping note RM50.....

Ler.. cemana aku bleh jadi so careless?? Nasib baik abg driver tu baik hati & pulangkan balik duit aku!!

TIMER KASIH ABG DRIVER.. SEMOGA TUHAN MURAHKAN REZEKI ABG DRIVER LAGI....

Wednesday, July 04, 2007

We R 9 Today!

Celebrated our 9th Anniversary with dinner at Jakes, Medan Damansara semalam.

This is what we have...


Tenderloin Steak for hubby



Grilled Salmon for myself

Hubby was the one who suggested the place. He's been here a few times, but for myself it was my first time. Steak lovers shud try this particular place.

So sempena Anniversary yg ke-9 ni, aku berdoa agar perhubungan aku & hubby akan berkekalan selamanya and hopefully we will be blessed with more children.

That's all for now. Nak gi sambung baca kes Altantuya nie....

Monday, July 02, 2007

Double Celebration

Dinner @ Little Penang cafe



Hi tea @ Planters Inn, Crowne Mutiara





Tengah tunggu cab dekat depan Sg Wang


Son & hubby depan lift Level 28, Crowne Mutiara



Blogger problems again! Tried to upload foto tapi asyik tak boleh ajer.

Tak per lah. Story dulu, foto comes later (Managed to upload at 9:20a.m.).

As I've mentioned kat title tu, its a double celebration for us. Hubby's birthday on 26 June, and our anniversary is coming this 4 July. Its America's Independence Day, but for me and hubby... its a different thing. Hee.. hee...

We checked in dekat Crowne Plaza Mutiara KL on Saturday noon. Lepas letak barang dekat bilik, we went for the high tea. First time here but its impressive. I was impressed with the room, and also impressed with the food. Not bad at all. Tapi biasa lah. Rizq cuma makan sikit jer. He's not a big eater. Very fussy when it comes to food.

Lepas makan makan, we took Rizq on a monorail ride. Tapi satu station jer. Naik dekat Raja Chulan, & turun dekat Bukit Bintang. He was so excited. "Cah cha woo woo" dia kata. He was imagining tengah naik train Thomas & Friends. Kesian kan bebudak kecik nie. Macam macam dia berangan angan....

Jalan jalan kat Bukit Bintang & Sg Wang... Manusia sikit punya ramai ke. Fening kepala ni bersesak sesak. Tak beli apa sangat. Cuma belikan Tina tshirt sehelai.

Lepas tu amek cab, balik hotel. Lepak lepak, baring baring .. pas tu ke KLCC pulak. Time ni bawak khete. Tak sanggup nak naik kenderaan awam dah. Zara sale!!! Bestnya. Tapi Rizq pulak buat hal. Aku tak boleh nak shopping. Dia tak nak Tina tolak stroller dia. Aku terpaksa lah melayan kerenah budak sorang nie. Aku dah janji nak belikan hubby birthday present yang tertunggak. So we all ke Marks & Spencer. Hubby pilih pilih barang (baju & seluar) yang dia nak, and aku bayar jer. Sedih mummy tak boleh shopping barang sendiri. Rizq nak baju Fireman Sam.. memang cantik, tapi aku tak belikan. Nantilah dah nak raya nanti, aku belikan dia. Dah selalu sangat beli baju....

For dinner, we went to Little Penang Cafe. Aku suka sangat makan kat situ sebab food dia authentic Penang. Memang sedap. Nasib baik tak ramai sangat orang.

Malam after dinner, aku kerumah kakak aku ke Desa Pandan. Lepak kejap. Time ni Rizq macam dah tak larat sangat. On the way back, dalam kereta dah tertido. Masuk bilik, tukarkan baju, & terus dia lena.

Aaa..... baru le aku & hubby dapat masa berdua. Kalau tak..... ada jer lamp post kat tengah tengah. Had a warm bath... berendam dalam bath tub. Leganya rasa. Hilang penat seharian!

The next morning, after breakfast with my sister... we went to Tesco Ampang. Bawak Rizq main kat playland (tak tau nama apa sebenarnya). After lebih kurang sejam, aku tinggalkan Rizq and Tina kat rumah my sister.

Hee.. hee.. time for mummy nak shopping pulak. So we all ke KLCC lagi. Baru lah tenang aku nak memilih baju. Got 2 shirts from Marks & Spencer. Thanks hubby!

Petang tu sampai ke rumah kat Bukit Beruntung dalam pukul 3. Rizq tido and aku sambung dengan kerja rumah....

And now, dah Monday.. back to work! Malasnyaaa.....!!!!