1. Berat sebelum mengandung
Berat ker aku sebelum ngandung??? Hee.. hee.. aku sememangnya berat sejak azali lagi. Aku ni jenis orang yang suka makan. Jadinyaaa??? Dengan ketinggian 5 kaki 2 inci (ni dah layak nak jadi stewardess nie..) berat aku sebelum ngandung ialah 52kg...
2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
Tu diaa... Seperti yang diwar war kan.. aku ni kaki pemakan.. berat aku sebaik sahaja sebelum Rizq keluar is 73kg! Time tu rasa macam tong drum bergerak jer... Time tu jugak hidung aku bak jambu kembang semangkuk.. hee.. hee.....
3. Berat selepas habis pantang
Uhuk... uhuk... sedihnya aku memikirkan cemana lah nak membuang segala lemak tepu ni.. Berat aku dok maintain 60kg jer... Agaknya segala jamu, bengkung tu tak berkesan kat aku. Nak tau kenapa?? Sebab aku berpantang sengsorang kat umah. Time tu bula poser. So bila hubby balik keje jer.. aku order apa apa yang aku teringin nak makan dr pasar ramadhan. Aku main belasah jer. McDonald burger tu kira biasa makanan rutine.. Hee.. hee...
4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
Suka sangat aku makan ayam, tetambah lagi nasi ayam Chee Meng kat Jln Bukit Bintang. Member aku naik muak dah temankan aku makan nasi ayam jer.. Lagi satu aku suka Western food.. Pergghhh!! Nikmat!
5. Hospital mana anda bersalin
Kat SJMC. Doctor tu ensem giler babe!!! Sungguh seronok kalo nak pergi cek up! Haa.. haa.. Tapi dah veteran laa...
6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg..
Ooopppss... ini aku tak ada! Tak sanggup nak tengok diri sendiri time mengandung..
Itu lah serba sedikit pasal aku 5 tahun yang lepas.... Next?? Tak tau lah lagi bila ada rezeki...