Friday, December 28, 2007

I Luv U!

How often do you or your spouse whisper the magic words I LUV U?

Some will like to do it often and some will not.

As for my hubby, he will say it every day to me (and Rizq), at least twice a day.

And for myself, I am not the luvvy duvvy type yang akan cakap I LUV U selalu selalu. Cuma at certain ocassion, I will say it. Not that I dont luv them, but just that I am not the type yang akan meluahkan apa yang aku rasa. Even kalo aku marah, aku tak akan luah or tunjukkan pada orang...

So, how about you guys out there my fellow bloggers?

Monday, December 24, 2007

B Look-alike Meter

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

Kembali Ke Ofis Dah...


Rizq @ Melaka River Cruise..

Sepinya ku rasa.. hee.. hee.. tapi syiok sebab boleh blog hop!

Dah kembali ke opis after 5 hari berhari raya kat Melaka. Apa lagi.. kalo balik ke Melaka, aku & hubby tak lekat dok kat umah. Ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jusco, tengok wayang & berjalan jalan.

Salah satu tempat yang we all gi is Melaka River Cruise. Very interesting! Cruising along the Malacca River is a very unique experience for us. Dah cantik dah kawasan kawasan tu.. Terasa macam kat Venice pulak.. chewaaaahhh.. Tapi seriously! Sesiapa yang ke Melaka, pergilah cuba. Adult RM5 and child below 5 pulak RM2 only!

Tapi tempat tempat lain cuma aku & hubby yang pergi. Rizq tinggal kat umah.. hee.. hee.. mummy & daddy nak berdua duaan..

But, Saturday itu hari kesian sangat kat Rizq. Me & hubby ke Datarn Pahlawan gi jalan jalan. Balik jer umah, Rizq tengah tido. Then derang citer... Tekak Rizq sakit coz dia cucuk dengan ermm.. you all tau tak yang flag kecil boleh pegang dengan tangan tu? Si Rizq ni gi amek main then masukkan batang flag tu dalam mulut dia sampai tercucuk dalam tekak. Geram tul aku dengan si Tina.. cemana lah dia jaga anak aku sampai boleh jadi cenggitu? Nak minum susu pun tak boleh! Alhamdulillah now dah ok....

Tension tu tension jugak. Tapi siapa suruh aku & hubby dok tinggalkan Rizq kat umah kan!

Monday, December 17, 2007

SALAM SEMUA....

Aku akan bermula cuti hari Rabu ni untuk balik kampung hubby kat Melaka. Ingat nak sambung sampai Christmas, tapi cuti tak approve. Makanya balik lah bekerja hari Isnin nanti.. boring jer sebab office kosong. Tapi advantage nya dapat lah aku ber hoohaa sebab boss boss tak der... hee.. hee.. Ada sesiapa yang bekerja di sekitar kawasa aku sudi untuk keluar lunch?? Haa.. haa.. open for female only!

Actually nothing much.

Just to wish everybody Salam Aidil Adha dan Selamat Bercuti.....

Tata Titi Tutu....

(Aku masih berhutang tag dengan RATUJAMU. Nanti erk!)

Monday, December 10, 2007

JATUH CINTA!

I was here last wiken..

The first time I stepped into the room, I've already fall in luv with it.
Would surely come again.......
LEGEND WATER CHALET, PORT DICKSON


2 QUEEN BEDS IN THE CHALET... NI KAT TEPI WINDOW. ANOTHER ONE IS IN THE MIDDLE OF THE ROOM



VIEW AT 7:00PM FROM THE ROOM


VIEW FROM ROOM AT 6:30PM

DEKAT LUAR NAMPAK MACAM BIASA. BUT ONCE YOU STEPPED INTO THE ROOM, YOU WOULD KNOW THE DIFFERENCE!!


Tuesday, December 04, 2007

Citer Bali Sesikit....

Aku dah muak dengan perkataan 'bz' tapi that is how I am right now. Start masuk kerja pagi sampai lah nak balik waktu petang, workload tu tak pernah berkurang. Rasa macam aku dah buat kerja banyak sangat.. tapi tak jugak abis abis....

Post Bali

Tak sempat lah nak bercerita satu persatu pasal keadaan aku kat Bali. But overall it was a good trip. Rizq has been behaving super duper good. 2 THUMBS UP for my baby!! Naik jer flight, dia terus tido, dah nak sampai bary terjaga. Balik ke KL pun macam tu jugak. Tak meragam or menangis kat Bali. Makan pun senang. Tak banyak songeh. So hubby kata boleh pergi jalan lagi! Hee.. hee.. bestnya...

Our travel agent kat sana pun ok. Weather was good. Panas, tapi berangin. Cuma tak sempat nak shopping even hotel we all is in the middle of Kuta town. Betul betul bersebelahan dengan SOGO and CENTRO.

Malam malam boleh jalan jalan kat sepanjang jalan dekat hotel. Hubby memborong DVD banyak. Murah jer.. Dalam RM4.00 satu. Tapi bukan lah ori kan. Paham paham jer lah. Quality were good.

Tak dilupakan jugak perkara yang paling penting. Massage! Sempat massage 2 kali sepanjang berada kat sana.

Really hope to make another trip ke Bali, but totally for shopping. Enough of sightseeing already.

Rizq

Last Sunday evening hubby brought Rizq for a walk kat kawasan sekitar rumah sambil aku masak. Kelakar lah mamat tu..... Ada ke patut tengah tengah hubby bawak dia jenjalan, lalu lah kat seekor anjing ni. Punyalah anjing tu menyalak nyalak pandang kat Rizq. Rizq pulak dengan muka selamba, dan cakap bahasa baku dia tu pi tanya kat anjing tu...

"ALLLOO... SAPA NAMA?"

Hubby tak boleh tahan dok gelak dengar anak bujang dia tanya soalan tu kat anjing yang tengah menyalak garang kat dia!



Wednesday, November 28, 2007

BALI!

I'm back!! Tapi belum berkesempatan nak bercerita panjang.

So.. enjoy the pictures first...



Foot massage malam yang ke-2. Semua orang dah tak larat dah nak menapak..


Rizq & Adrin. Lunch at Lakeview Restaurant, Kintamani


Dinner at Jimbaran Beach with Seafood Menus

Me & Linda, at Ngurah Rai Airport


Me & Linda at Taman Ayun, a royal water garden temple


The whole family at Taman Ayun

Mummy & Rizq kat depan hotel, Bali Garden Kuta Hotal


Rizq & Adrin at GWK Park


Rizq posing dengan kerbau statue at GWK Park


Shopping complex kat sebelah hotel



Me & Linda (again!!)


Jenjalan kat Kuta town di waktu malam


Aduss... lagi sepasang couple nie dok tengah berposing..


Barong (Lion) Dance

Infront of Bubbagum (Forest Gump) Restaurant


View from our hotel room




Monday, November 19, 2007

Off From Work

Hee.. hee...

Dah November kan! Tak lama lagi dah nak akhir tahun.

Ofis pun sekarang ni selalu quota dah tak cukup. Ramai orang amek leave.

Aku pun tak terkecuali. I will be on leave starting this Thursday until the following Monday.

I will be off to Bali. Eee.. seronoknya! It will be my first time there.

Tapi sebelum ber hoo haa. kat sana, aku kena bertungkus lemas (bukan lumus) menyiapkan kerja kerja. TULUNNNNNN!!!!

Tuesday, November 13, 2007

JANGAN TAK UPDATE

Satu Hari Di Dalam Kereta....

"Ku menyintaimu lebih dali apa pun"

"Kelana ekau kekasih gilapku...."

Rizq dah pandai nyanyi lagu kekasih gelapku.. Ni mesti pengaruh dari Tina!

For the first time Saturday, 10 Nov 07, aku & hubby bawak Rizq nak tengok wayang 'BEE MOVIE' kat GSC Mid Valley.

Masuk jer panggung Rizq dah kata.."ee... gilap"

Tunggu iklan jer dah dekat 20 minit.. member dah boring. Citer blom start Rizq dah macam tenggiling, merengkuk atas riba sambil muka ditekupkan kat badan aku...

Citer start dia still camtu, tak tengok screen langsung.

Last last aku, hubby & tina yang dok tengok citer tu. One hour passed, Rizq dah start menangis. Memula slow.. slow.. pas tu dia start meraung! Parah anak aku nie!

nak tak nak terpaksa lah we all keluar panggung dengan rela hati sebelum kena halau..

Hee.. hee..

Itu lah pengalaman pertama bawak Rizq tegok wayang!

Monday, November 05, 2007

SIBUK DENGAN OPEN HOUSE

Tak sempat nak mengupdate blog dah nie....

This week sibuk pulak dengan open house kat ofis.

Today

Company nya open house buat dekat KL Convention Centre. Aku terpaksa bertugas 4:00 - 6:00 petang. Tapi pukul 2:00pm dah nak kena ada kat sana. Ada rehearsal.

Tomorrow

Branch we all punya open house waktu lunch, pot luck style. Till now still not sure apa aku nak bawa esok.

Petang pulak BSN Jalan Ampang punya open house. Jemput aku gak. Insyaallah aku pergi. makan ler katakan. Hee.. hee..

The Day After

Open house branch dekat Klang pulak... Aku pergi jugak lagi! Isshh gemukssss aku minggu ni asyik makan free.

Ceritera Rizq

Genap jer umur dia 3 years old, malam tido pun dah tak pakai diapers. Selalunya waktu siang jer tak pakai. So mummy dah boleh save lagi!

Cakap dia memang dah banyak & lancar. Selalu buat we all gelak dengan apa yang dia cakap. Ayat yang dia selalu guna ialah..

"Daddy / Mummy / Kakak ni tak pandai laaa....."

Lepas tu last week gi klinik. So waktu kat luar tu aku tanya lah dia..

"Rizq, kalau doc tanya Rizq sakit apa.. Rizq nak kata macam mana?"

Pas tu dia jawab sambil hulur tangan dia macam orang nak bersalam..

"Tilamat Hali Laya...."

Hee.. hee... tu lah anak aku yang sorang penawar hati pengarang jantung....

Tuesday, October 30, 2007

It Was Fun!!

Ermm.. baru hari ni masuk kerja. Semalam cuti mengemas rumah. Membasuh apa yang patut after Sunday's open house. Overall it was a fun one.

Rizq was so happy celebrating his birthday. Getting so much of presents.

Special thanks to my blog friend.. Rafiqa! It was the first time we met. Terima kasih sebab sudi datang. The pressie was so creative! We luv it very much!! Sorry lah kalau ada yang terkurang layanan atau sebagainya erk.. Jangan serik pulak. Hope that was not the first and the last that we can meet...ok!

Since it was my first day of work this week, banyak kerja yang bertimbun atas meja.

In the meantime, enjoy some picturse taken on Rizq's 3rd birthday..




Rizq with his cousin from Teluk Intan


Blowing the candle... with me muka tertutup sebelah sebab baru potong rambut

Posing posing depan birthday cake


One of the birthday present.. Rizq in action!
Opening birthday present.. khusyuk!


The birthday cake


Rizq with mak long (my eldest sister)

Lagi depan present yang mummy & daddy kasik (perasan tak pembalut tu sama jer coz mummy & daddy nak save budget..hee..hee)


Dah besar kan Rizq!

Haa.. ni mummy kasik.. beli kat Toy City..

OK lah all. Gotta go now. Chiowww.....!!!



Thursday, October 25, 2007

So..So.. Sad

Erm.. Tak tau nak cakap apa........

Semalam aku ke Ipoh, melawat salah sorang staff we all meninggal dunia. On the way from Ipoh, singgah pulak ke Cenderong Balai melawat sorang lagi staff punya in-law meninggal.

Sampai ke Bukit Beruntung dah pukul 7 malam. Terus mandi sebelum main dengan Rizq. Kata orang kalau balik dari rumah orang meninggal jangan main dengan anak, jangan pegang anak.. tak baik.

Lepas mandi, aku terus pulak masak untuk dinner. Badan dah penat, so aku cuma masak nasi, kobis masak lemak & daging goreng sambal.

Settle makan, tengok TV sekejap then terus naik ke bilik.

tetiba kat atas katil.. tit..tit..tit.. SMS masuk.

"Hayat just passed away".

Aku macam tak percaya. Betul ke nie? Terus kol si penghantar SMS.

So, memang confirm. Sorang lagi staff we all meninggal waktu tengah main futsal. Sedih. Dia ni ahli sukan, tak merokok, sihat tubuh badan.. tapi tup tup.. dipanggil Tuhan. Umur baru 33 tahun, anak umur 8 tahun & 6 bulan..

So kat ofis ni kebanyakan orang tengah bersedih. Aku pun tengah sibuk menjawab panggilan panggilan orang. Maybe nanti nak melawat pulak. Dah terbengkalai keje kat opis lagi nie...

Apa apa pun tolonglah sedekahkan Al-fatihah untuk sahabat aku nie...

Monday, October 22, 2007

Baru Boleh Upload Gambar!

Raya stories have been told in my previous entry. So now here's the pictures!



Daddy & Rizq kat Muar, kampung nenek hubby on 2nd Raya





Hubby, bapak, mak, myself and Rizq on pagi Raya kat Teluk Intan

Sempat posing time tengah breakfast on first Raya

Muka tengah selebet sebab kena paksa bangun tidur

Kat Jusco Malacca on third Raya. Tempat favourite Rizq..

On a different note

Invitations are out (by email) for my open house cum Rizq's birthday party. But some emails bounced back to me: mira, gen2 merah & nin (so please provide me with your email address)

For puteri satu, I didn't have your email. Jadi tolong kasi erk!

For those who hasnt got invited, send me your email addresses ok!

HOPE TO SEE U GALS & GUYS NEXT WEEK!

Friday, October 19, 2007

8 Days After Hari Raya

Tengah tensi ni.. Dari pagi try upload gambar, tapi asyik error saja.

So nak bercerita pasal raya pun tak ada mood sebab tak ada gambar nak diceriterakan.

But overall it was a joyful raya.

Kat kg aku, Teluk Intan semua adik beradik balik hari Khamis tu. So dapat lah 2 malam berbuka bersama. Sehari sebelum raya, aku, hubby & Rizq balik ke kg makcik aku di Sg Air Tawar. Separuh hari jer. Petang tu dah ke Teluk Intan balik. Tapi sekarang ni hari hari asyik hujan saja... Tak apa lah. Hujan rahmat tuuuuu....

Pagi raya, after sembahyang & bermaaf maafan, balik ke Melaka pulak. Tapi traffic teruk dari Bangi ke R&R Seremban. So dah nak pukul 3 baru sampai ke Melaka.

Tahun ni kat Melaka tak henti henti orang datang. Aku sampai dah terror goreng mee kuning tu. Sebut jer.. nak mee goreng mamak ke mee goreng basah ke.. sap sap sui! Semua SIAPPPP!!

Hee.. hee... Sambil sambil tu, setiap hari aku kuwar ke Tesco lah. Jusco lah... merayap merata rata...

Rabu pagi after breakfast, aku bertolak balik ke Bukit Beruntung dah...

Habis lah percutian raya aku selama seminggu...

Aku akan cuba try test untuk update gambar raya minggu depan!

Thursday, October 18, 2007

I'm Back....

Just to let everybody know that I'm back to the office!
Will update on photos and more stories later!!

Monday, October 08, 2007

First Attempt

Dah pun masuk minggu terakhir berpuasa. Dah ada staff yang mula bercuti. Aku akan bercuti starting this Thursday sampai lah the following Thursday. Buat yang kesekian kalinya, tahun ni aku akan beraya kat kampung aku di Teluk Intan.. Hee.. hee.. Cenonoknya. Aku akan berada kat Teluk Intan from Thursday sampailah Saturday, the first Raya. Then I'll be in Malacca from Saturday till Wednesday....

A happier note from me: Muaahaahaa.... I am now officially transferred to HR. Nampaknya email aku itu hari berkesan! Now, I have to draft my own transfer letter.

Responsibility aku kat Department ni besar. It is quite tough here. But it's ok. I'll be happy doing what I like!

Masak Memasak

Kat bawah ni gambar a couple of things yang aku masak last wiken.



Atas ni gambar biskut chocolate Nestum. Very crispy. Rizq like it and I like it too. Bake it on Saturday. After sahur, aku tak tidur & terus buat sebab aku tau once Rizq bangun, aku tak akan senang dah.. Hee.. hee..



Ni pulak my first attempt buat kuih lopes. Nasib baik menjadik! Kat atas tu gambar waktu aku dah salut dengan kelapa and put it nicely dalam piring untuk didistribute kepada jiran jiran...



Wednesday, October 03, 2007

21 Puasa

Yea.. betul.. betull.. korang ni memang pandai. Itu ialah biskut kelapa... Dan Rizq nak makan burger Mcdonald! Bebudak pelat memang cenggitu...

Ada satu hari tu, waktu tu hari minggu. Abang yang duduk sederet ngan umah we all dok jalan jalan kat belakang umah. Abang tu dalam 40-an la. Anak pun dah bersekolah. Kurus.. and ada rambut cacak cacak sikit. Dia ni orang surau. Rizq time tu ada kat dapur. So tetiba dia nampak Abang ni lalu. Tetiba jer dia jerit "MAWI!" Kurang asam punya anak. Nasib ler Abang tu gelak jer. Mesti dia kata we all yang mengajar.. Hee.. heee...

On a serious note. Aku masih bertapak kat HR. Dan aku tengah tension. Bukannya aku tension keje kat sini. Aku tension dengan seseorang yang masih tak nak mengiktiraf aku supaya jadi permanent staff kat department ni. Dia masih dengan ego dia. Aku dah cuba nak jumpa dia a few times to discuss my position. I am actually nowhere in the Company. Susah keje macam ni coz the Head of Department nak kasi a full scope of work kat aku pun payah.

Disebabkan seseorang itu tak nak jumpa aku, pagi ni aku nak hantar email panjang lebar kat dia supaya dia faham apa yang aku nak! Aku pun ada perasaan jugak!

Monday, October 01, 2007

Cuba TEKA!

Soalan 1

Semalam adalah sessi cuba mencuba membuat biskut. So cuba you all teka biskut apa yg aku buat semalam? Gambar seperti diatas...

Soalan 2

Apa yang Rizq maksudkan bila dia kata "Rizq nak geber madonna?"

Teka.. Jangan tak teka,,

Wednesday, September 26, 2007

Update Petang Rabu

Sungguh... aku sungguh tak ada masa sekarang..

Works are piling on my table. Nak berblog pun tak ada masa. Tapi bila dah kerja banyak cenggini, aku rasa kan duit gaji yang aku dapat every month tu berbaloi! Tak der lah macam makan gaji buta.. Hee.. hee...

Hari ni siksa sikit rasanya. Pagi tadi waktu bangun sahur, leher dah tak boleh nak pusing. Salah bantal tidur agaknya. Sampai ke petang ni, rasa cam bertambah teruk.... kalau tak kurang, maybe nak jumpa doctor lah malam nie...

Rizq's Update

Sambil cucuk cucuk perut daddy dia " ni buntit!" Haa.. haa.. tension jer hubby aku Rizq kata dia buncit.

Kalau kita tanya "Rizq notti tak?" "No... rizq no notti.. Rizq kelam kabuut ajer!", balas dia...

Rizq tu memang kelam kabut. Kalau kat dapur tu, kita cuci pinggan, dia akan tarik stool, tolong cuci pinggan sekali. Kalau kita bukak fridge, dia tarik stool, panjat fridge pulak. Bebaru ni tangan dia tercabut kulit sikit sebab terkena toaster waktu tengah bakar roti. Dah penat dah mulut ni bercakap. Tapi dia still ngan perangai dia tak nak dengar cakap orang!

Hari tu, bangun jer dari tido dia terus tanya.. "Mila mana mummy? Mila mana?" mat sorang ni tengah giler Mila AF5.. Sampai termimpi mimpi.... Dia tanya tak apa.. kalo hubby yang tanya, itu aku mosykil.. haa.. haa.. haa...

Friday, September 21, 2007

It's Open!


Hee.. hee... It's officially open! This was where I spent my whole lunch time yesterday. It's just across my office. Alangkah bahagianya.. After this tak perlu jalan jauh jauh untuk lunch..
Kat mana tu? It's PAVILLION KL! Even tho tak semua kedai yang dah buka... but dah cukup untuk menjamu mata di bulan puasa. Shops are not bad. Eating outlets pun ok. Yang dah buka Laksa Shack, Madam Kwans, E'Toile, a western restaurant..etc. Yang akan dibuka among others are Carls Jr, Pizza Hut, KFC, Starbucks etc.
Parkson dah buka.. tp its the expensive type of Parkson, TANGS will be opening soon.... Tapi paling aku suka sebaba ada Mothercare, Baby Gap, Baby Guess, Body Shop... senang hidup! Muaahaahaaa......
Till then. It's Friday today. So Happy Wiken To Everybody!!! Mmmmuaahhhh...

Thursday, September 20, 2007

Blank!


Mummy & Rizq yg tengah tak ada keje sementara menunggu daddy balik dari Terawih...
Selamat Berpuasa Untuk Hari Yang Ke-8 Semua....!!

Tuesday, September 18, 2007

Dua Citer

Dalam sebulan dua nie, kawasan umah aku boleh dikatakan every week ada pencuri / perompak / penyangak yang masuk ke rumah. Derang macam ada jadual pulak untuk menyamun umah orang. Tak kisah rumah tu berpenghuni atau kosong habis dimasuknya.

Last wiken, selang tiga umag kat belakang umah aku kena pecah masuk. This time they were quite unlucky. Dari 4 orang, 3 orang dapat lari & sorang dapat ditangkap polis.

Tapi cerita kelakar yang aku tak boleh lupa ialah bila sampai di balai polis. Henfon si pencuri ni berbunyi. SMS masuk...

Polis ni pun amek fon tu and baca SMS yang masuk tu. SMS nya berbunyi begini...

"MAS.. MASUK KE RUMAH ORANG ITU HATI HATI YAAA... AMBIL EMAS BANYAK BANYAK"

Rupanya isteri si pencuri tu berpesan supaya suami dia buat kerja elok elok... Yang dia tak tau suami dia ada kat balai polis dah time tu.. Kesian..

Rizq version of lagu tepok amai amai....

"TIPUK AMAI AMAI"
"BELALANG KUPU KUPU"
"TEPUK RIZQ PANDAI"
"MALAM MINUM BRRR (susu)"
"SUSU LEMAK MANIS"
"TANTAN TANTAN MUDA"
"RIZQ JANGAN NANGIS"
"NANTI MUMMY BEAT RIZQ"

Nampak sangat aku ni selalu pukul anak kan... hee.....

Notti ya amat!!

Friday, September 14, 2007

2nd Ramadhan & Tagged!

Hey guys!

Since I moved to HR time is always not on my side. I have been loaded with work. But I dont mind doing it because I am stress free! That's important betul tak! Lagipun we will always enjoy doing what we love to do.

That's why now, I hardly leave any comments on other peoples blog. I do go and visit your blog, just that I dont have the time to leave any comments.

Today dah second puasa. Semalam sampai rumah pukul 6:30. Masih sempat singgah ke pasar Ramadhan untuk membeli kueh serba sedikit. Berbuka dengan kueh. Lepas maghrib baru lah start memasak nasi. Dalam pukul 8:00 tu barulah berbuka dengan proper. After that huby ke Terawih sambil aku melayan Rizq sambil terlelap lelap sikit....

I've been tagged by NIN (ratujamu.blogspot.com). So here it goes.....

5 Things In My Bag

1. Purse
2. Floss (a must!)
3. Cheque book (very seldom I use it since Maybank2U exist)
4. Handphone
5. Pen

5 Things In My Purse

1. Laundry receipt
2. MyKad
3. Credit Card
4. Blood type Card (In case of emergency)
5. Other mengarut cards

5 Favourite Things In My Bedroom

1. DVD
2. TV
3. My bed
4. Big mirror
5. Magazines

5 Things I Wish To Do

1. Sleep throughout the nite (Have not gotten this since 3 years back)
2. A 2-hour massage
3. Shop till I drop! (Bestnya kalo kaya....)
4. Go for a longggggggg... trip
5. Perform Haj

5 Things That I Am Doing Now

1. Blogging
2. Finishing my pending work
3. Thinking of what I will be cooking for breakfasting
4. Browse recipes in the net
5. SMSing

5 people I wanted to tag

Anybody yang terasa nak buat.. sila sila kan lah....

Tuesday, September 11, 2007

Update Sebelum Breakfast

Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Sorry for not replying to comments in my previous post. Ada sibuksss sket..
I am now in my new temporary department.. kat HR. I likeee.. hee.. heee sebabnya memang I started off kat my Company ni in HR dept. After 2 years in HR I was transferred to the CF dept. Kuasa veto company! Nak tak nak kena pergi jugak. And now I am back here... Seronoknya...
Puasa dah semakin hampir. So di kesempatan ini aku nak memohon ampun kat semua orang andai ada coretan aku yang tersalah kata terkasar bahasa. Kita ni manusia kan. Prone untuk melakukan kesilapan...
Next month will be Rizq's birthday. Plan to have his birthday party + open house for hari raya on 28 Oct 07 (p/s mark your calendar!).
So, I would appreciate if kawan kawan could give me your email address, send it to marlina@affinsecurities.com.my so that I can send you guys the necessary invitation.
OK lah. Nak pergi breakfast kat MAMAK sekejap. Blom sempat melawat blog kengkawan semua...
So jgn lupa kasik email address ok!

Friday, September 07, 2007

7 September Dua Kosong Kosong 7

Welcome.. welcome.....

Ari ni aku kena ke Royale Bintang Hotel, KL coz ada training. Aku happy jer gi training ni sebab bleh relax & makan makan free... hee.. hee..

Hari Ahad ni aku maybe ke Jakarta semula untuk one nite.

A fren of ours masuk ICU waktu ke Jakarta last week. Difficulty of breathing plus other serious sicknesses yang we all tak tau pun sebelum ni.

Next Monday maybe boleh discharge. Jadi aku & another colleague akan ke sana nak menguruskan dia punya pengurusan keluar hospital & bawak dia balik ke KL.

Hopefully semuanya berjalan lancar. Kalau aku confirm ke sana, makanya aku akan bercuti next Monday & akan berjumpa you all semua hari Selasa depan.

Chow chin chauuuu!!

Tuesday, September 04, 2007

Gambar + Cerita Sket From Jakarta

Memula nak citer ni dulu.. tak tahan nak gelak..

Mummy: Nanti bila Rizq dah besar nak jadik apa?

Rizq: Nak jadik toilet..


Actually dia nak kata jadi pilot.. dah banyak kali ajar, dia still nak jadik toilet jugaa... Dari mana ler dia dapat ajaran sesat nie....



Citer Jakarta-Bandung

Bertolak dari KLIA, Friday 31 Aug 07 @ 9:10am. Arrived in Jakarta 10:10am local time. Flight took about 2 hours.


Memang betul orang kata traffic in Jakarta is worse than KL. But we were lucky sebab sepanjang kat sana, ada police rider (2 cars) escort kalau nak kemana mana. So boleh lah cilok kat tengah tengah jem tu.


Sampai je kat Mulia Senayan Hotel terus check-in. I can say that the hotel was superb. Our room was upgraded coz my roomate tu committee. Bed dia type yang ada kat Westin Hotel KL (heavenly bed). Yang bila baring & letak kepala jer boleh terus lelap. Syiok.. memang syiok....
After letak barang terus turun for lunch. 8 course Chinese lunch set.


Teambuilding starts at 2:30pm. Its an outdoor activity, so tak ler boring sangat. habis teambuilding around 8:00pm. Naik bilik, mandi, solat & turun untuk dinner pulak. Habis dinner dalam pukul 12:00a.m. Erm.. tak kan nak tido pulak kan. Rugi lah datang jauh jauh nak tido awal. So a few of us amek Avanza satu, terus ke HRC Jakarta.


The next morning pukul 5:00a.m. dah bangun. Sempat tido beberapa jam saja. Siap siap semua, turun sarapan, & naik bas ke Bandung pulak. Bandung trip was hectic. The whole day dekat Bandung, we went for sightseeing, ke Tangkuban Perahu, & shopping. Adusss... fening kepala tengok barang banyak sangat. Orang pun terlampau ramai sebab wiken! Aku paling suka tempat dinner kat Kg Daun, Bandung. Cantikkk... sangat. Tak dapat nak aku gambarkan. Waktu amek gambar pun gelap. So tak dapat lah nak tunjuk kat blog nie.


Sampai ke Jakarta balik pukul 1:00a.m.


Ahad pagi pun bangun pukul 5:00a.m. sebab plan nak soping awal awal pagi. Tapi malangnya bila sampai ke Mangga Dua pukul 7:30a.m., semua kedai belum buka. So cecepat suruh Bapak cab drive ke Tanah Abang pulak. Sampai ke Tanah Abang dah pukul 8:00a.m. Baru ada kedai sesikit yang buka. Cuma sempat beli t-shirt untuk souvenir & alas meja untuk mak & MIL. 8:30a.m. bertolak ke hotel balik coz nak kena check-out at 9:00a.m.


So habislah percutian 3 hari 2 malam di Jakarta. Next time nak ajak hubby pergi lagi solely for shopping pulak. Blom puas rasanya. In the meantime, enjoy the pictures!




Dalam bas, sesampainya ke Jakarta



Scenery sepanjang perjalanan Airport - Hotel


Hotel Room

A colleague from branch office


First nite dinner


First stop at Bandung for lunch



Rumah Mode - Factory Outlet in Bandung.. ni semua pakaian


Second factory Outlet - Shoes & Handbag


Dinner @ Kg Daun, Bandung


Sebelum Check-out, lobby Hotel Mulia Senayan




Last stop before departure, Sundanese Restaurant - Resoran Raja Kuring






p/s - TQ for rakan blogger happyirfa sebab sudi berjumpa. Very sweet girl..!